Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Memetik laporan CNA, unjuran itu berdasarkan tinjauan peramal profesional terkini oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dan selari dengan unjuran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI) antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ahli ekonomi menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2026 kepada 5% berbanding 3.5% sebelum ini.
00:09Memetik laporan CNA, unjuran itu berdasarkan tinjauan perama profesional terkini oleh penguasa kewangan Singapura
00:17dan selari dengan unjuran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura MTI antara 4.5 hingga 5.5%.
00:30Seramai 21 ahli ekonomi dan penganalisis mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan.
00:36Ekonomi Singapura berkembang 5.9% tahun ke tahun pada suku kedua 2026 lebih tinggi berbanding unjuran 4.3%
00:44yang dibuat dalam tinjauan sebelumnya.
00:47Bagi suku ketiga, pertumbuhan ekonomi diunjurkan pada 4.6% manakala 3.6% bagi suku terakhir tahun ini.
00:56Dalam peritu, konflik berpanjangan di Asia Barat serta kemungkinan berlaku kemerosotan ketara dalam sektor kecerdasan buatan AI
01:05dikenalpasti sebagai antara risiko utama terhadap prospek ekonomi Singapura.
01:11Sebaliknya, pertumbuhan berterusan sektor teknologi yang didorong AI dilihat sebagai faktor utama yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara itu.
01:20Sementara itu, unjuran inflasi keseluruhan bagi 2026 diturunkan kepada 2.1% daripada 2.3% sebelum ini
01:30manakala inflasi teras dijangka pada 1.9%.
01:34Bagi 2027, ekonomi Singapura dijangka berkembang 3.1% dengan inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing diunjurkan pada 2%.
01:46Terima kasih.
01:46Terima kasih.
01:49Terima kasih.
Comments

Recommended