Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM1.49 bilion dimeterai sempena pembukaan MAHA Trade Days 2026, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi sektor agromakanan negara.

MoU berkenaan melibatkan pelbagai subsektor termasuk pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, makanan halal, nanas dan pembangunan teknologi agro.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 14 pertukaran Memorandum Persefahaman atau MOU bernilai keseluruhan 1.49 bilion ringgit menjadi antara pencapaian utama pembukaan Maha Trade
00:11Days 2026 pada selasa.
00:13Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata pencapaian itu membuktikan keyakinan pelabur dan nerakan strategik terhadap potensi sektor agromakanan
00:23Malaysia di peringkat global.
00:25Produk agromakanan Malaysia kita harap lepas ini lebih banyak berada di pasaran antarabangsa.
00:32Banyak saya sebut dalam PC sebelum ini kalau makanan ini yang banyak kalau kita pergi ke Eropah dan Eropah Timur
00:40banyakkannya daripada Vietnam dan Thailand.
00:44InsyaAllah kali ini dah ada barangan Malaysia tapi kita nak kertengahkan lagi supaya lebih tinggi lah pemasaran barangan buatan Malaysia.
00:55Kerjasama yang dimeterai meliputi pelbagai subsektor agromakanan.
00:59Antaranya input pertanian, pengeluaran dan pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, produk makanan halal, nanas serta pembangunan teknologi dan kapasiti.
01:09Antara pelaburan terbesar ialah pembangunan loji pemprosesan nanas di Tukau, Miri, Sarawak bernilai lebih RM1 bilion.
01:17Nilai RM1.49 bilion yang direkodkan pada hari pertama itu merupakan sebahagian daripada sasaran keseluruhan RM8 bilion nilai pelaburan dan
01:27perdagangan Maha 2026.
01:28Kementerian berharap lebih banyak padanan perniagaan, pelaburan dan kerjasama teknologi dapat direalisasikan sepanjang Maha Trade Days sekaligus memperkukuh daya saing
01:38industri agromakanan negara dan membawa lebih banyak produk Malaysia ke pasaran global.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended