00:00Seterusnya, rakyat Malaysia kekal sebagai kumpulan pelancong asing yang terbesar melawat Indonesia pada Julai 2026 dengan menyumbang 15% daripada
00:101.53 juta ketibaan direkodkan sepanjang bulan itu.
00:14Menurut Badan Pusat Statistik BPS, kira-kira 228,710 pelancong Malaysia melawat Indonesia pada Julai lalu mengatasi pelancong Australia seramai
00:24188,250 orang atau 12.34% serta warga Cina dengan 156,750 orang atau 10.28%.
00:38Secara bulanan ketibaan pelancong asing dalam kalangan pemegang pasport Australia dan Cina mencatat peningkatan, manakala pemegang pasport Malaysia menunjukkan penurunan.
00:47Bagaimanapun, bagi perbandingan tahun ke tahun, ketibaan pelancong asing meningkat dalam kalangan pemegang pasport Malaysia, Australia dan Cina.
00:54Data dibentangkan menunjukkan ketibaan pelancong Malaysia meningkat 7.83% tahun ke tahun meskipun merosot 11.59% berbanding Jun.
01:05Lapangan terbang-terbangsa ngurah raih di Bali yang merupakan pintu masuk utama bagi pelancong asing menerima 697,800 ketibaan pada
01:14Julai lalu dengan didahului oleh pelancong Australia.
Comments