Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Rakan Kongsi Salwa, Fairuz & Co merangkap Felo UTM SPACE Services, Dr Mohd Fairuz A Razak berpandangan keberkesanan e-Invois bukan sekadar bergantung kepada jumlah data yang dikumpulkan. Data yang tepat, berkualiti dan bernilai kepada pentadbiran cukai perlu menjadi keutamaan dalam memastikan pematuhan lebih berkesan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kenaikan ambang pelaksanaan e-invoice mungkin mengurangkan sebahagian data transaksi yang diterima kerajaan, namun tidak bermakna aktiviti perusahaan mikro, kecil
00:10dan sederhana PMKS terus hilang daripada radar sistem percukaian.
00:14Rakan Kongsi Salwa, Fairuz & Co., fellow UTM Space Service, Dr. Mohd Fairuz A. Razak berpandangan, tumpuan pentadbiran cukai seharusnya
00:24bukan sekadar kepada jumlah data yang dikumpulkan, sebaliknya kepada kualiti, ketetapan dan nilai maklumat yang benar-benar membantu meningkatkan pematuhan.
00:44Kerajaan perlu prioritize high value transition, high risk taxpayer dan interconnected business, baru itu betul.
00:51Malah perniagaan kecil berurus niaga dengan syarikat yang berada dalam ekor-ekorannya bukan tak banyak pun, sebahagian itu menganggap digital
00:58footprint saja sebenarnya, jadi bukan semua visibilitinya hilang sebenarnya.
01:02Masih lagi ada dekat situ, tapi sedikit sebanyak orang kata kita kena tengok proportion dia dekat mana sebenarnya.
01:08Katanya, keputusan menaikkan ambang pelaksanaan e-invoice daripada RM1 juta kepada RM3 juta merupakan langkah positif dan pragmatik kerana memberi
01:17ruang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana menumpukan kepada operasi serta mengembangkan perniagaan.
01:23Ujah beliau, matlamat e-invoice bukan semata-mata untuk merekodkan setiap transaksi tetapi mempercepat pendigitalan operasi dan meningkatkan ketulusan dalam
01:31ekosistem percukaian negara.
01:32Pada masa sama, PMKS yang belum diwajibkan menggunakan e-invoice tidak bermakna terlepas daripada tanggungjawab percukaian.
01:39Mereka masih perlu mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya mengikut peraturan sedia ada.
01:45Kerajaan juga tidak bergantung kepada e-invoice sebagai satu-satunya sumber maklumat untuk melihat aktiviti pembayar cukai.
01:51Antara sumber lain yang boleh digunakan termasuk borangnya tercukai, data majikan dan maklumat berkaitan perbankan.
Comments

Recommended