00:00Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa peka dengan perkembangan dan sebarang notis yang dikeluarkan
00:09pihak berkuasa Qatar susulan perkembangan terkini di rantau itu.
00:13Kedutaan menerusi notis di Facebook terus mengingatkan supaya individu yang melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar untuk menyemak jadual penerbangan
00:22terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan mereka.
00:25Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi kedutaan di talian 974-3374-6733 atau 974-4483-6463 serta menerusi
00:40email mydoha.kln.gov.my
00:44Menurut laporan media antarabangsa, Amerika Syarikat melancarkan serangan terbaru ke atas Iran pada selasa.
00:51Ini disusuli serangan balas kor pengawal revolusi Islam Iran IRGC terhadap pangkalan dan aset Amerika Syarikat di rantau itu sekaligus
01:00kembali meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat.
Comments