Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
PBB menggesa peningkatan dana dan akses bantuan ke Gaza menjelang musim sejuk, ketika risiko banjir, penularan penyakit serta kekurangan bekalan asas terus mengancam penduduk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita teruskan dengan laporan global pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB menggesa peningkatan sokongan daripada penderma serta pengurangan sekatan Israel terhadap
00:09operasi kemanusiaan di Gaza.
00:10Ketika ini, agensi bantuan bersiap sedia menghadapi risiko banjir, hipotermia dan penularan penyakit menjelang musim sejuk.
00:21Jurucakap PBB, Stefan Dujarid berkata, utusan khas PBB bagi keamanan Timur Tengah, Ramiz Al-Aqbarov memulakan lawatan selama tiga hari
00:28ke Gaza pada Selasa.
00:30Beliau di jadual melawat sebuah hospital lapangan, lokasi penempatan penduduk yang kehilangan tempat tinggal serta loji penyah garaman air.
00:38Menurutnya, sebuah lokasi penempatan sementara di Han Yunis berdepan risiko tinggi dilanda banji menekali loji penyah garaman air di Deir
00:45al-Balah mungkin sukar diakses apabila hujan bermula.
00:48Agensi bantuan memerlukan lebih banyak kemah, peralatan, alat ganti serta minyak enjin bagi melindungi penduduk Palestine yang kehilangan tempat tinggal
00:55sepanjang musim sejuk.
00:56Sementara itu, UNICEF dan rakan-rakan yang sedang berusaha memulihkan kemudahan rawatan kumbahan Sheikh Al-Jlin yang sebelum ini memberi
01:04perkhidmatan kepada kira-kira 700,000 penduduk sebelum mengalami kerusakan.
01:08Dujarid berkata, lebih 150,000 meter padu air kumbahan yang tidak dirawat kini dilepaskan ke alam sekitar setiap hari sekaligus
01:16meningkatkan risiko pencemaran dan penularan penyakit.
01:18Di tebing barat pula, kekurangan dana memaksa program makanan sedunia WFP mengurangkan separuh bantuan makanan ketika keperluan semakin meningkat.
Comments

Recommended