00:00Peluasan kuota Budi 95 dan Budi Diesel dilihat bukan hanya mengambil kira kedudukan ekonomi dan tekanan kos sarih hidup, tetapi
00:08turut mempunyai dimensi politik dalam usaha kerajaan mengekalkan keyakinan rakyat.
00:13Penganalisis ekonomi Prof. Emiratus Datuk Dr. Zakaria Abdul Rashid berkata, perkembangan politik domestik termasuk beberapa pilihan raya negeri PRN yang
00:23telah berlangsung serta pilihan raya umum PRU akan datang menjadi antara pemboleh ubah yang perlu dilihat dalam memahami keputusan kerajaan
00:31ketika ini.
00:31Apa yang saya nampak bahawa kelonggaran Budi 95 dan juga Budi Diesel ini adalah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap
00:48kerajaan yang ada sekarang ini.
00:50Tapi pada masa yang sama kita pun faham bahawa ada beberapa had yang perlu kerajaan fikirkan juga tentang pembaharuan struktur
01:01dari segi teknikalnya ialah untuk memperolehi kecekapan di dalam pengeluaran ekonomi kita dan pada masa yang sama untuk memberikan kesejahteraan
01:13yang berkekalan kepada orang ramai.
01:17Itu adalah sasaran madani dan juga sasaran kepada ekonomi berpendapatan tinggi ataupun ekonomi maju.
01:26Menurut beliau, peluasan bantuan dan subsidi mampu memberi kelegaan kepada rakyat dalam menghadapi tekanan kuasa hidup namun ia tidak boleh
01:33menjadi penyelesaian jangka panjang tanpa peningkatan gaji dan pendapatan isi rumah.
01:37Katanya, cabaran lebih besar dalam memastikan produktiviti ekonomi meningkat supaya sektor swasta mempunyai keupayaan untuk menawarkan gaji dan pendapatan lebih
01:44tinggi kepada pekerja.
01:45Pendekatan produktiviti juga penting dalam mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi selain mengurangkan masalah ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran buruh.
01:54Katanya, pendekatan itu perlu dilaksanakan secara berterusan sekiranya negara mahu membina penyelesaian kuasa hidup yang lebih mampan dan tidak terlalu
02:02bergantung kepada campur tangan fiskal kerajaan.
02:04Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Rabu.
Comments