Skip to playerSkip to main content
  • 35 minutes ago
Polis New York menyiasat insiden tikaman di Times Square yang mengorbankan seorang Naib Presiden Bank of America. Suspek wanita turut maut selepas ditembak polis ketika mengancam anggota keselamatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang naib presiden Bank of America maut ditikam dalam satu kejadian serangan rambang di kawasan Times Square, New York, kira
00:08-kira jam 4.24 petang waktu tempatan pada Isnin.
00:12Mangsa dikenali sebagai Erin Pia Chenty, 32 tahun yang bertugas sebagai naib presiden dalam unit pemilihan perniagaan dan konflik.
00:22Dalam satu kenyataan kepada writers, Bofa melahirkan rasa terkejut dan sedih atas kehilangan kakitangannya itu.
00:29Bofa menyifatkan pemergian Pia Chenty sebagai kehilangan besar kepada organisasi itu.
00:34Seorang lelaki berusia 68 tahun turut cedera dalam insiden sama dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dikejarkan ke
00:40hospital untuk menerima rawatan.
00:43Kejadian berkenaan menyaksikan kawasan sekitar Times Square ditutup sementara ketika pasukan kecemasan dan polis menjalankan operasi di lokasi.
00:50Menurut polis New York, suspek wanita berusia 49 tahun dikenali sebagai Pamela Cisneros dipercayai bertindak secara tidak diprovokasi.
00:59Sebelum mengacukan dua bilah pisau ke arah anggota polis yang tiba di lokasi.
01:03Siasatan awam mendapati serangan itu tidak menyaksikan mangsa secara khusus tanpa sebarang provokasi,
01:08manakala suspek dilaporkan mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.
01:12Suspek kemudian ditembak dan disahkan meninggal dunia.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended