00:00Sebabatan pendaftaran negara JPM sedang melalui proses peralihan daripada MyCard struktur sedia ada kepada MyCard generasi baharu yang dijangka menyebabkan
00:09gangguan sementara terhadap urusan cetakan MyCard di seluruh negara.
00:13JPM menerusi kenyataan pada selasa mengaklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyCard itu dijangka bermula hari ini hingga 7 September.
00:21Sebenarnya JPM menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyCard supaya menangguhkan sementara urusan
00:30berkenaan sepanjang tempoh itu.
00:32Jelasnya bagi permohonan MyCard kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu
00:40seketika bagi membolehkan anak menerima MyCard generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat.
00:46Pada masa sama, JPM menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf
00:54atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
00:57Perkembangan selanjutnya mengenai MyCard generasi baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPM dari semasa ke semasa.
Comments