00:00Kekorban akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang dahsyat di Nepal serta wilayah Tibet semakin meningkat dan kini menghampiri seribu
00:08orang.
00:08Berangkaan terbaharu oleh pihak berkuasa Nepal mendedahkan 919 orang terbunuh menekala 4,793 lagi masih hilang.
00:18Di Nepal, pihak polis berkata 903 mayat ditemukan di kawasan terjejas banjir.
00:24Manakala 4,247 orang masih hilang termasuk ratusan warga asing.
00:30Pihak berkuasa China pula kekal melaporkan 16 kematian dan 546 orang hilang di Tibet.
00:37Operasi mencari dan menyelamat terus giat dijalankan bagi mengesan 2,498 orang yang masih hilang.
00:43Ini termasuk 933 pekerja projek hidroelektrik, 589 warga asing, 127 rakyat Nepal yang melakukan perjalanan bersama pelancong asing serta penduduk
00:55dari beberapa daerah terjejas.
00:57Hampir 20,000 anggota keselamatan berjaya menyelamatkan 8,186 orang manakala operasi menggunakan helikopter telah memindahkan 279 pekerja hidroelektrik dan
01:09227 warga asing ke tempat selamat.
01:11Usaha membantu mangsa terus dipergiat dengan penghantaran makanan dan keperluan asas, pengarahan pasukan perubatan serta pengagihan bantuan tunai kerajaan.
01:21Bencana itu melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet pada Rabu apabila glazier runtuh secara tiba-tiba hingga mencetuskan aliran deras air
01:29dan puing melalui lembah Himalaya memusnahkan perkampungan serta menyebabkan kerosakan terhadap infrastruktur utama.
01:37Operasi SAR yang masuk hari ke-6 pada Selasa terus berdepan kesukaran akibat bentuk muka bumi, kawasan pergunungan curam dan
01:46gaung sempit selain ancaman bencana susulan.
01:49Nepal memohon bantuan kepakaran bagi operasi menyelamat dalam terowong teknologi pengesanan mangsa yang terselamat, analisis forensik dan DNA serta peralatan
01:59untuk mengawet mayat yang ditemukan.
Comments