Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Donald Trump memberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran yang menyasarkan pasukan tenteranya di Jordan dan Emiriah Arab Bersatu.

IRGC pula menyifatkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Selat Hormuz.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan mengambil tindakan balas.
00:05Susulan serangan peluru berpandu dan drone Iran yang menyiasatkan kepentingan tentera Amerika di Jordan dan Amerika Arab Bersatu.
00:12Menurutnya, tindakan balas itu akan dilaksanakan selepas Iran didakwa meningkatkan serangan terhadap kedudukan tentera Amerika di rantau Asia Barat.
00:22Jelasnya, Amerika Syarikat akan bertindak tegas dan tidak akan membiarkan serangan terhadap pasukan tenteranya tanpa sebarang reaksi balas.
00:30Selain itu, Trump menegaskan sistem pertahanan udara Amerika berjaya memintas sebahagian besar peluru berpandu dan drone yang dilancarkan.
00:38Namun, beliau berkata satu daripada peluru berpandu yang dikesan tidak dianggap sebagai ancaman sekaligus membiarkan ia melintasi ruang udara berkenaan.
00:47Trump dalam masa sama menzahirkan keraguan terhadap usaha diplomatik dan mendakwa sekatan ekonomi terbaru Amerika Syarikat kini memberi kesan besar
00:55kepada Iran.
00:56Dalam perkembangan berkaitan, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mengesahkan serangan ke atas pangkalan udara King Hussein dan Azraq di
01:05Jordan dengan menggunakan peluru berpandu balistik.
01:07IRGC turut menyatakan pangkalan udara Al-Minhad di Emiriyah Arab Bersatu UAE menjadi sasaran serangan drone bahan letupan.
01:15IRGC berkata operasi itu merupakan tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat di Pulau Larak yang didakwa bertujuan menyekat pemasangan periu
01:24api di Selat Hormuz.
Comments

Recommended