Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan, perlu berbuat demikian menerusi portal BUDI MADANI.

Dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemilik kenderaan diesel, persendirian jenis pikap dan jeep yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan budi diesel sebanyak 100 liter
00:08sebulan, perlu berbuat demikian menerusi portal budi madani.
00:12Dalam kenyataan Kementerian Keuangan MOF, tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkan daripada 300 kepada 400 liter bermula selasa.
00:25Pemilik memperolehi kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini pula tidak perlu mengemukakan permohonan baru.
00:32Menurut MOF, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jeep layak memohon tambahan berkenaan.
00:40Sementara itu, had kelayakan asas bulanan budi madani akan diselaras semula daripada 200 kepada 300 liter juga bermula selasa.
00:49Ia akan dilaksana secara otomatik kepada penerima budi madani RON95, budi 95 dan budi madani diesel-budi diesel tertakluk kepada
00:58kelayakan masing-masing.
01:00Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter manakala lebih RM700,000 daripada mereka turut layak
01:10menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.
01:14Pengembalian had kelayakan bulanan itu mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan lebih tegas, pengukuhan prestasi ekonomi negara dan
01:24kemampuan kewangan kerajaan.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended