Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
PBB memaklumkan kira-kira 65,000 mangsa banjir di Nepal memerlukan bantuan kecemasan termasuk bekalan air bersih, sanitasi dan pemakanan.

Bencana itu turut menjejaskan ribuan kanak-kanak, memusnahkan sekolah serta menyukarkan akses bantuan ke kawasan terjejas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memaklumkan kira-kira 65,000 mangsa banjir di Nepal kini memerlukan bantuan kecemasan termasuk bekalan
00:08air bersih, sanitasi dan kebersihan.
00:11Menurut jurul cakap PBB, Stefan Dujarik, penilaian kemanusiaan yang sedang dijalankan menunjukkan keperluan bangsa semakin jelas susulan bercanda besar yang
00:20melanda negara itu.
00:22PBB berkata lebih 22,000 kanak-kanak memerlukan perkhidmatan perlindungan, manakala kira-kira 2,600 kanak-kanak di bawah usia
00:305 tahun dijangka memerlukan rawatan akibat kekurangan zat makanan yang serius.
00:36Selain itu, dianggarkan 10,500 wanita hamil dan ibu menyusu memerlukan bantuan pemakanan.
00:43Bencana itu turut menjejaskan sektor pendidikan apabila 19 sekolah mengalami kerosakan termasuk sembilan yang musnah sepenuhnya.
00:51Lapan sekolah lain kini digunakan sebagai pusat perlindungan sementara untuk mangsa yang kehilangan tempat tinggal.
00:57Menurut PBB, lebih 10,000 kanak-kanak memerlukan sokongan psikosocial, manakala 107 kanak-kanak dipercayai terpisah daripada ibu bapa atau
01:06penjaga mereka.
01:08Usaha mengesan dan menyatukan semula ahli keluarga kini menjadi keutamaan pihak berkuasa dan agensi kemanusiaan.
01:15Dalam beritu, akses ke kawasan terjejas masih menjadi cabaran utama apabila sebahagian jalan raya dan lebuh raya masih tidak boleh
01:22dilalui.
01:24Bekalan elektrik bagaimanapun telah dipulihkan di beberapa daerah, manakala kerja pemulihan masih diteruskan di kawasan paling teruk terjejas.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended