Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kemajuan kesihatan Malaysia sejak Merdeka telah mengubah jangka hayat, akses rawatan dan keupayaan negara menangani penyakit. Namun landskap kesihatan kini memasuki fasa yang lebih mencabar apabila kos meningkat, populasi menua, tenaga kesihatan berdepan tekanan dan keperluan rawatan semakin kompleks. Bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid, kita menilai sejauh

Category

🗞
News
Transcript
00:01Muzik
00:1169 tahun selepas merdeka wajah kesihatan Malaysia pun sudah berubah besar
00:16dan kita lihat daripada memperluas akses rawatan dan memerangi penyakit berjangkit
00:20kita berjaya membina sebuah sistem kesihatan yang membolehkan lebih ramai rakyat hidup lebih lama
00:25dan mendapatkan rawatan yang lebih baik
00:28tapi kejayaan itu juga membawa kita kepada cabaran generasi seterusnya
00:32ataupun generasi akan datang
00:34kos rawatan dan juga insurans semakin meningkat
00:37kita lihat juga Malaysia yang sekarang ini menuju negara menua
00:40tenaga kesihatan berdepan tekanan
00:43kita lihat juga jurang akses pun masih wujud
00:46dan penyakit yang boleh dicegah terus membawa kos besar kepada negara kita
00:51jadi selepas 69 tahun membina sistem ini
00:54persoalannya adalah bukan lagi sekadar sejauh mana kita sudah maju
00:58tapi adakah sistem kesihatan yang kita bina hari ini
01:00adakah ia cukup kuat
01:02adakah ia mampu dibayai dan adil untuk membawa Malaysia
01:0530 tahun ke hadapan
01:07jadi untuk bincangkan perjalanan ini
01:09daripada pencapaian sejak merdeka
01:11cabaran hari ini hingga reformasi yang tidak boleh lagi kita tangguhkan
01:15kita akan bersama dengan Prof. Datuk Dr. S. Muhammad Al-Junid
01:19Pakar Ekonomi Kesihatan IM Universiti
01:21Assalamualaikum Assalamualaikum Prof
01:22terima kasih kerana mengambil masa untuk bercakap dengan kami
01:25dan juga berbincang dalam program pada waktu ini
01:28Prof kalau kita lihat selepas 69 tahun merdeka ini
01:32sejauh mana sebenarnya Prof boleh kongsikan kepada kita
01:35berkenaan dengan bagaimana Malaysia telah berjaya
01:38membina satu sistem kesihatan yang lebih baik
01:42berbanding dengan tahun yang sebelumnya
01:44dan apa antara pencapaian yang kita kadang-kadang terlepas pandang
01:48yang kita boleh banggakan pada waktu ini
01:50Ya terima kasih saudari Nabilah kerana menjemput saya
01:54untuk memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan
01:57apa yang berlaku semenjak kita merdeka 69 tahun yang lalu
02:02kalau kita lihat dari segi pencapaiannya
02:05memang sistem kesihatan kita mendapat manfaat yang
02:08begitu baik daripada perancangan komprehensif
02:11oleh kerajaan terutama sekali sebab saya kita
02:14mendapat kemerdekaan tahun 1957
02:19kerajaan telah pun memberikan tumpuan bagi meningkatkan
02:23tahap kesihatan rakyat kalau kita lihat tahun 1957
02:27kita dapati bahawa salah satu perkara yang paling menjadi
02:31masalah masa itu adalah penyakit-penyakit berjangkit
02:33seperti malaria, TB dan juga penyakit gastro-usus
02:38termasuk juga typhoid, cholera dan sebagainya
02:41dan apa yang kerajaan lakukan pada masa itu adalah
02:44untuk mengawal penyakit ini pada masa yang sama
02:47kerajaan kita juga telah pun memberikan tumpuan untuk
02:51meningkatkan tahap kesihatan ibu dan anak
02:54ini jadi tumpuan penting kerana sekitar tahun 60-an ya
02:59apabila kita mencapai kemerdekaan kadar kematian ibu
03:03dan juga kadar kematian bayi yang merupakan indikator penting
03:07untuk sebuah sistem kesihatan itu untuk berjaya
03:11begitu mencabar sekali kalau kita lihat pada masa itu
03:16maternal mortality rate atau kadar kematian ibu kita adalah
03:20lebih daripada 200 per 100 ribu kelahiran
03:24dan menakala kadar kematian bayi pula adalah
03:28sekitar 75 ke 85 per 1000 kelahiran
03:33ini merupakan suatu angka yang pada masa sekarang
03:36kalau kita lihat masih lagi ada beberapa negara di Afrika
03:39yang masih lagi menghadapi masalah itu
03:41tapi apa yang kita dapat lihat hari ini adalah
03:43angka kematian ibu disebabkan oleh melahirkan anak itu
03:47jauh lebih rendah sehinggakan diturunkan hampir 90%
03:52sekarang sekitar 26 ke 30 saja
03:54manakala infer mortality rate ini dah menjadi
03:56cuma sekitar 5 ke 6
03:5848 sebenarnya nilai-nilai yang sebenar
04:01dan jangka hayat penduduk kita juga meningkat
04:04kalau semasa kita merdeka cuma sekitar 58 tahun
04:08sekarang sudah pun mencetak 75 tahun
04:10dan satu langkah penting yang kerajaan ambil adalah
04:14sekitar tahun 70-an apabila pertubuhan kesihatan sedunia
04:19mencadangkan supaya Malaysia dan juga negara-negara yang
04:23membangun ini membangunkan sistem perkhidmatan
04:26kesihatan primer inilah merupakan kekuatan utama
04:29sistem kesihatan negara kita sehinggakan kita dapati
04:34banyak perkhidmatan-perkhidmatan preventif dapat diberikan
04:38kerajaan menghantar banyak pakar-pakar itu
04:41sebagai pakar-pakar kesihatan awam yang terlibat dalam
04:44merancang dan juga membina perkhidmatan kesihatan
04:47yang baik untuk mendapatkan latihan dan mereka inilah
04:51yang menjadi arkitek utama dalam membangunkan sistem
04:55kesihatan yang kita dapat hari ini tapi pada hari ini
04:58kita mempunyai cabaran-cabaran yang berbeda jadi
05:01tumpuan awal bagi mengawal penyakit-penyakit
05:04penyakit-penyakit berjangkit seperti malaria TB dan sebagainya
05:08itu memang membuahkan hasil pada masa yang sama
05:10tumpuan kepada perkhidmatan kesihatan ibu dan anak
05:13yang mana tunggaknya adalah dibawa dipegang oleh pakar-pakar
05:18perubatan kesihatan awam yang ada pada masa itu dan masa kini
05:22merancang perubatan kesihatan sehingga menghasilkan
05:25suatu sistem kesihatan yang baik yang kita lihat pada hari ini
05:29namun begitu kita harus lihat bagaimana kita nak mencapai
05:33atau juga mempastikan bahawa apa yang kita capai hari ini
05:36boleh bertahan mungkin 5-60 tahun akan datang
05:40baik itu adalah antara yang pekayu pengukur kejayaan sistem
05:45kesihatan kita yang telah diutarakan ataupun disenaraikan
05:47oleh Prof. Datuk sendiri mungkin jangka hayat yang lebih panjang
05:51ataupun kemampuan rakyat untuk hidup lebih sihat dan mendapat
05:54kehidupan yang lebih berkualiti sepanjang hayat
05:56namun seperti yang Prof. Datuk sebutkan tadi ia datang dengan
05:59beberapa cabaran dan kalau dulu kita sebut tentang cabaran
06:03sistem kesihatan adalah untuk mendapatkan rawatan itu sendiri
06:06tapi berbeza selepas tujuh dekad ini cabarannya adalah
06:10kos rawatan yang makin meningkat dan satu lagi adalah
06:13peningkatan dari segi penyakit tidak berjangkit seperti
06:16diabetes, obesiti dan juga penyakit jantung
06:18jadi mungkin Prof. Datuk boleh kongsikanlah dengan
06:22adakah berkenaan dengan akses kepada kesihatan hari ini
06:25perlu juga bermaksud kemampuan untuk membayar dan adakah
06:29cabaran kita pada waktu ini juga adalah untuk mengubah
06:33budaya kesihatan negara kita selepas menghampiri tujuh dekad ini
06:37tadi saya sentuh tentang kesihatan untuk semua
06:41yeah help for all by year total merupakan satu slogan WHO tahun 1970-an
06:47di dalam slogan tersebut kita diminta supaya menyediakan
06:53perkara-perkara kesihatan yang boleh diakses untuk semua ahli masyarakat
06:57namun apabila kita sampai berada dalam sekitar tahun 80-an kita sudah
07:03lihat bahawa penyakit-penyakit yang berjangkit dahulu sudah pun berubah
07:08dari segi profil epidemiologinya banyak penyakit-penyakit yang tidak
07:12berjangkit seperti penyakit jantung penyakit kencing manis kemudian
07:16penyakit kanser meningkatnya dengan tinggi dan kos rawatan sudah pun
07:21menjadi perkara utama kita dapati kos yang beringkat berlipat kali ganda
07:26sehinggakan apa yang dana yang kita peruntukkan sekitar sekarang ini
07:31lebih kurang dalam 4.7% daripada KDNK tidak lagi mencukupi untuk
07:37menangani masalah ini jadi apa yang berlaku sekarang adalah tahun 2007-2008
07:45dan WHO sekali lagi meminta semua negara di dunia termasuklah
07:50Malaysia sendiri untuk mengkaji semula liputan perkhidmatan kesihatan
07:54dan berusaha untuk menyediakan satu perkhidmatan kesihatan yang boleh
07:59diakses oleh semua menggantikan slogan health for all itu dengan apa yang
08:03kita sebut sebagai jagaan kesihatan sejagat ataupun universal health
08:07coverage. Jadi universal health coverage ini merupakan satu konsep yang
08:12diketengahkan tahun 2008 untuk memastikan bahawa apabila ada
08:17penyakit-penyakit tidak penyakit dan sebagainya kita bersedia untuk
08:20menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk diakses oleh penduduk. Ini
08:24merupakan satu perkara yang serius kerana bukan Malaysia saja banyak
08:27negara-negara di dunia yang lain terutama sekali negara yang berada dalam
08:31tahap kita panggil middle income country menghadapi masalah-masalah ini.
08:36Kenapa? Apabila di peringkat awal dahulu apabila kita lepas merdeka
08:40tumpuan diberikan kepada perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan yang
08:44penyakitnya adalah penyakit berjangkit. Kosnya jauh lebih rendah dibandingkan
08:48dengan penyakit kronik yang tidak berjangkit terutama sekali penyakit
08:51seperti penyakit jantung. Sekarang penyebab kematian utama penduduk kita
08:55sampai 13% daripada penduduk kita yang meninggal adalah disebabkan oleh
08:59sakit jantung. Sakit jantung ini memerlukan perkhidmatan jangka masa yang
09:04lama dan juga memerlukan perkhidmatan preventif. Jadi fokus kita harus berubah
09:10sekarang daripada memberikan perkhidmatan curatif kepada perkhidmatan
09:16preventif bagi mencegah penyakit-penyakit yang tidak penyakit ini.
09:20Kalau dulu ya kita menggunakan konsep pencegahan ini memberikan imunisasi.
09:24Ini sesuai untuk penyakit-penyakit yang berjangkit. Seperti misalnya kita ada
09:30penyakit dipteria, tetanus, kemudian penyakit-penyakit seperti campak dan juga
09:37TB sendiri yang ada vaksinnya. Tetapi sekarang ini penyakit-penyakit tidak
09:41penyakit sudah mula dihasilkan vaksinnya. Misalnya kita ada vaksin untuk
09:45penyakit kanser seperti vaksin HPV untuk penyakit cervical kanser
09:52misalnya. Tetapi kosnya jauh lebih tinggi daripada vaksin yang kita gunakan
09:57untuk penyakit-penyakit. Walaupun usaha harus dijalankan dan ini merupakan
10:03satu perkara yang menjadi cabaran kepada mereka yang terlibat dalam
10:09menggubal polisi kesihatan dan juga merancang Pakit Matan Kesehatan supaya
10:14penduduk kita boleh akses pakit mati tanpa menghadapi masalah kewangan.
10:19Ini adalah konsep universal health coverage di mana setiap individu harus
10:24boleh akses Pakit Matan Kesehatan tetapi akses ini tidak harus menyebabkan
10:29mereka menjadi miskin ataupun mempunyai implikasi kewangan. Inilah
10:33cabaran yang terpaksa kita hadapi walaupun hampir tujuh dekad kita
10:38membangunkan sistem kesihatan tetapi sudah ada alimen-alimen yang
10:42menyebabkan, yang boleh menyebabkan kalau tidak diambil tindakan segera
10:45akan menyebabkan sistem yang kita bangun dan tujuh dekad yang lalu itu
10:48mungkin runtuh kalau tidak diberikan perhatian serius.
10:53Betul saya setuju dengan apa yang Prof. Datuk katakan dan ada kenyataan
10:57terbaru juga yang dikeluarkan oleh Alliance Life yang membuat
11:00laporan menunjukkan kos rawatan dan pemulihan bagi penyakit kritikal
11:03yang kompleks boleh menjejas 1.2 juta ringgit dan jika mungkin satu
11:09diagnosis ini boleh menjejaskan kedudukan kewangan sebuah keluarga
11:12dan apa yang akan berlaku ataupun cabaran terbesar akan berlaku
11:16dalam sistem kesihatan nanti adalah bagaimana untuk merawat
11:19pesakit tapi bagaimana juga untuk mengelakkan rakyat kita daripada
11:23jatuh miskin. Jadi ini penting untuk kita bincangkan dalam perkara ini
11:26tapi Prof. Datuk dalam perkara yang kita bincangkan sekarang
11:30bergerak ke hadapan lah dalam kita menuju negara menua
11:33sebab sekarang ni makin ramai golongan yang berumur 60 tahun ke atas
11:38kita mungkin boleh berjaya membantu masyarakat hidup lama
11:41tapi adakah sistem kita ini benar-benar bersedia untuk menjaga mereka
11:45dalam jangka masa yang panjang? Prof. Datuk silakan.
11:49Penuaan merupakan suatu daripada elemen penting dalam masyarakat kita
11:53yang mana bila negara tersebut berada di ambang ataupun berada
11:59di dalam situasi menua bermakna kita mempunyai penduduk yang memerlukan
12:05rawatan-rawatan terutama sikit orang penyakit kronik dalam tempoh yang lama.
12:09Biasanya golongan ini tidak mempunyai sokongan ekonomi yang kuat.
12:14Mereka kebanyakannya tidak bekerja. Sehinggakan ada yang kita dapati
12:18dalam kajian kami ada hampir 60% daripada mereka yang berumur lebih
12:22daripada 60 tahun terpaksa terus bekerja kerana mereka tidak mempunyai sumber
12:28keuangan untuk secara hidup apatah lagi untuk perkhidmatan-perkhidmatan
12:33kesihatan seperti perkhidmatan kesihatan yang melibatkan pendakit-pendakit
12:37kronik. Jadi apa yang berlaku? Golongan ini terpaksa bergantung kepada
12:41perkhidmatan kesihatan kerajaan. Dan kita tahu bahawa perkhidmatan
12:45kerajaan kesihatan, perkhidmatan kesihatan kerajaan sekarang ini
12:48begitu mencabar, terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama dan pada masa
12:55yang sama juga kita mempunyai kekurangan dari segi pakar dan juga
12:59dokter-dokter yang merawat pesakit-pesakit disebabkan oleh banyak
13:03perkara lagi yang terlibat dalam sistem kesihatan. Jadi ini adalah merupakan
13:09suatu cabaran besar yang terpaksa kita hadapi. Kita dalam kajian kami
13:13hampir RM8 bilion satu tahun diperlukan untuk perkhidmatan
13:18kesihatan bagi keluarga warga emas ini. Dan ini akan meningkat sehingga
13:23tiga atau empat kali lebih ganda dalam masa mungkin lima enam tahun
13:28akan datang. Dalam keadaan itu memang kita tidak mampu kalau kita
13:32tidak menyediakan suatu sistem kesihatan yang mampang yang mempunyai
13:36sumber keuangan yang boleh menyediakan dana mencukupi bagi semua
13:41golongan termasuklah golongan warga tua ini.
13:45Penting untuk kita bawakan perkara ini kepada penonton-penonton sebab
13:50masih ramai rakyat yang mengharapkan hospital kerajaan sebagai
13:54pilihan utama dalam mendapatkan rawatan. Tapi dalam kita bergerak
13:58ke arah negara menua ini kalau kita diberikan pilihan lah Prof. Datuk
14:02adakah lebih penting untuk kita tambah hospital dan juga jumlah doktor
14:07ataupun patut kita melabur lebih banyak terhadap penjagaan
14:10penyakit? Apa pandangan Datuk tentang perkara ini?
14:13Saya rasa kalau kita lihat dari segi sumber perkhidmatan kesihatan
14:18kita sudah pun mempunyai banyak hospital dan juga banyak kita
14:25katakan hospital katil hospital yang ada. Lebih daripada 40,000 dan
14:3175% berada di dalam adalah merupakan katil-katil di hospital
14:35awam. Dan manakala di hospital swasta pula yang contribute atau
14:39hampir 25% daripada jumlah katil itu, dia dapati bed occupancy rate
14:45atau kadarnya jauh lebih rendah. Tidak mereka bermakna perkhidmatan
14:49itu ada tapi tidak boleh diakses. Jadi cara yang terbaik bukan membina
14:54lebih banyak hospital. Tetapi cara yang terbaik adalah kita mempunyai
14:58klinik-klinik kesihatan dan juga klinik-klinik perkhidmatan
15:02primal swasta yang boleh kita gunakan bagi memberikan perkhidmatan
15:07pencegahan. Inilah yang menjadi tunggak penting kepada perkhidmatan
15:12kesihatan untuk mengawal penyakit-penyakit tidak penjangkit.
15:15Kalau kita meningkatkan atau bilangan hospital dan sebagainya ini
15:19tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang perlu kita adakan adalah
15:23kerjasama yang erat di antara perkhidmatan kesihatan awam dan juga
15:27perkhidmatan kesihatan swasta dan juga memperkasakan
15:31perkhidmatan kesihatan primal atau utama sekali perkhidmatan
15:34kesihatan primal swasta. Kita ada lebih 10,000 klinik swasta
15:39dengan doktor yang sedia memberikan perkhidmatan. Tetapi mereka ini
15:43agak terpisah daripada sistem kesihatan. Sistem kesihatan kita
15:47sekarang ini nampak begitu fragmented. Kita mempunyai perkhidmatan
15:51kesihatan awam, kemudian perkhidmatan kesihatan swasta tetapi
15:55kedua-duanya berjalan serentak dan tidak ada koordinasi yang jelas.
15:59Jadi salah satu daripada kaedah untuk kita mengkoordinasikan adalah
16:04menyediakan satu sistem pembiayaan, pembiayaan kesihatan maksud saya
16:08di mana yang membolehkan rakyat mendapatkan akses kepada
16:12kedua-dua perkhidmatan kesihatan ini awam dan juga swasta
16:15dengan sistem pembiayaan yang mampan. Ini tidak wujud di negara kita
16:19pada masa sekarang tetapi bagi negara-negara jiran kita seperti Thailand
16:23misalnya negara Vietnam, Filipina, Indonesia dan juga banyak
16:28negara-negara Eropah sudah pun membuat persediaan awal dan
16:33apabila mereka menyediakan sistem pembiayaan yang mampan maka
16:37ahli masyarakat tidak lagi menghadapi masalah apa yang kita
16:40sebut sebagai out of pocket payment, pembayaran mengenai pendapatan
16:44sendiri yang tidak terkawal. Kita mencapai hampir 40%, 38% daripada
16:51sumber keuangan negara kita adalah dibayar sendiri oleh ahli masyarakat.
16:57Dan ini merupakan nilai yang cukup tinggi. WHO beberapa tahun yang lepas
17:02telah menetapkan bahawa nilai out of pocket expenditure ini sepatutnya
17:06tidak boleh melebihi 20%. Jadi apabila berlaku perkara demikian,
17:11apa yang berlaku di lapangan atau di underground adalah ramai daripada
17:15penduduk kita tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesehatan
17:19terutama perkhidmatan kesehatan swasta. Kita harus ingat bahawa walaupun
17:23kita ada perkhidmatan kesehatan awam yang cuma perlu membayar
17:27seringgit untuk mendapatkan rawatan pesakit luar ke lima ringgit untuk
17:32perkhidmatan kesehatan pakar. Tetapi sebenarnya itu adalah merupakan
17:37harga yang ditetapkan yang kita tidak nampak adalah harga ataupun
17:41kos tambahan. Mereka terpaksa membeli ubat-ubat sendiri misalnya,
17:45terpaksa menunggu waktu yang lama, ini juga melibatkan kos.
17:48Karena apabila mereka menunggu dengan tempoh yang lama, mereka kehilangan
17:52pendapatan. Jadi perkara-perkara beginilah yang harus kita garapkan
17:57supaya apa yang disiapkan sejak daripada tujuh dekad yang lalu itu
18:03dapat kita pertahankan dan masyarakat kita tidak boleh terus mengakses
18:08perkhidmatan kesehatan untuk menyelesaikan masalah-masalah
18:11perkhidmatan kesehatan yang mereka perlukan tanpa menjejaskan
18:16ekonomi mereka.
18:17Kalau kita lihat soal pembiayaan yang dikeluarkan untuk menampung
18:23kekritikalan ataupun sistem kesehatan kita yang semakin tenat ini
18:27ataupun tidak sihat, kerajaan pun telah mempunyai, dah keluarkan
18:31pelbagai inisiatif sebenarnya. Kerajaan ada memperkenalkan informasi
18:34melalui kertas putih kesihatan. Kita ada juga model baru seperti
18:39media asas cuba nak tangani kemampuan pelindungan perubatan.
18:42Tapi bolehkah pembaharuan kecil-kecilan seperti yang sebutkan tadi itu
18:46memadai ataupun mencukupi? Ataupun Malaysia sebenarnya memerlukan
18:49reformasi pembiayaan kesihatan yang lebih besar, Prof. Datuk?
18:53Saya berpendapat bahawa kalau kita serius untuk memperbaiki sistem
18:58kesehatan supaya dia yang mampan dan bertahan lama, kita tidak boleh
19:02melakukan reformasi-reformasi kecil-kecil ini. Misalnya kalau reformasi
19:07kita cuma sekitar menyediakan dana atau menyediakan dana untuk
19:12perkhidmatan sokongan daripada dana yang sukar untuk diakses oleh
19:17alimasyarakat, ini tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau kita lihat
19:21negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka menyediakan sistem
19:26pembiayaan berdasarkan kepada National Health Insurance.
19:30National Health Insurance ini adalah merupakan sistem pembiayaan
19:33kesihatan yang dikemukakan oleh, dikendalikan oleh kerajaan dengan
19:39kontribusi daripada kerajaan, daripada ahli masyarakat dan juga
19:45daripada majikan. Jadi dana ini dikumpulkan secara komprehensif dan
19:51apabila dana ini dikumpulkan, misalnya Indonesia contohnya menjadi dana
19:55yang digunakan adalah 1% dikontribusikan oleh pencarung manakala
20:03lagi 3% oleh majikan dan kerajaan menampung perkhidmatan kesihatan
20:07untuk mereka yang miskin B40 dan sebagainya. Semua ini digabungkan
20:11dalam satu dana dan ini membolehkan setiap ahli masyarakat mendapat
20:16perkhidmatan kesihatan sama ada di klinik kesihatan ataupun hospital
20:21swasta ataupun ke hospital awam dan secara langsung dia akan mengurangkan
20:25waktu menunggu dan mengurangkan kesesakan kepada perkhidmatan
20:28kesihatan. Kalau kita menempukan cuma menyediakan dana melalui sistem
20:33insurans swasta, ini tidak akan menyediakan dana yang mencukupi kerana kita
20:37tahu bahawa insurans kesihatan swasta ini kaedah yang digunakan untuk
20:42menyediakan dana tersebut agak terhad, banyak faktor-faktor
20:47ekskursen digunakan. Sebenarnya mereka yang mendapat penyakit-penyakit
20:52kronik, warga tua dan sebagainya mungkin tidak akan mampu untuk membeli premium
20:57yang tinggi yang dikenalkan oleh sektor, oleh insurans swasta. Jadi kita perlu
21:02mengambil langkah berani seperti mana yang telah disunjukkan oleh jiran-jiran
21:06kita untuk menangani masalah ini dengan tuntas dengan menyediakan sistem
21:11pembiayaan kesihatan beralih daripada sistem yang kita ada sekarang
21:16iaitu menggunakan cukai. Cukai cuma menyediakan sekitar, kalau kita
21:20campurkan cukai, dia menyediakan cuma sekitar 2.5% daripada KDNK saja.
21:26Dalam kertas putih kesihatan ada disebutkan bahawa kerajaan harus
21:31menyediakan hampir 5% daripada KDNK cuma untuk perkhidmatan kesihatan
21:37awam. Jadi kalau kita campur dengan aura pocket payment dan sebagainya,
21:41ini kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 ke 7% daripada KDNK.
21:46Hampir 50% daripada apa yang kita ada sekarang. Sekarang pembiayaan kita
21:50kesihatan adalah sekitar lebih kurang 80 bilion. Kita memerlukan
21:54sekurang-kurangnya 40 ke 50 bilion setahun lagi. Setiap tahun untuk
21:59menambah perkhidmatan kesihatan tadi. Dananya daripada mana?
22:02tidak boleh kita mengharapkan sistem cukai. Jangan sistem cukai kita
22:05tidak akan dapat menyediakan dana tersebut. Oleh yang demikian, mungkin
22:10pada masa depan kerajaan harus mengambil langkah berani. Bangunkanlah sistem
22:16pembiayaan kesihatan yang lebih komprehensif, yang boleh melibatkan
22:21kontribusi di antara masyarakat, majikan dan juga kerajaan sendiri bagi
22:26membolehkan dana yang lebih banyak dikumpulkan dan diuruskan. Jadi
22:34apabila dia mengambil keuntungan, dia akan memberikan prioriti yang
22:37lebih rendah kepada kesihatan masyarakat. Itu yang kita harapkan
22:41akan dikemukakan, yang dikemukakan untuk pertimbangan daripada
22:46kerajaan pada masa depan.
22:48Big Prof, tadi apa yang kita bincangkan selama 69 tahun kita merdeka,
22:52kita selalu berbincang soal akses kepada sistem kesihatan dan
22:56kos rawatan dan sebagainya. Tapi bergerak ke depan mungkin 30
22:59tahun akan datang, kemerdekaan 30 tahun akan datang. Apa yang
23:03diharapkan dalam misi untuk perubahan sistem kesihatan kita ini?
23:07Silakan.
23:09Ya, jadi saya rasa reformasi yang lebih berskala besar harus kita
23:14lakukan dan kerajaan harus berani untuk melakukan perubahan-perubahan
23:20bagi memastikan bahawa akses perkhidmatan kesihatan tidak
23:23terjejas disebabkan oleh kekurangan dana dan pada masa yang sama
23:28kita harus menyediakan perkhidmatan kesihatan, sistem kesihatan yang
23:32mampu menyediakan pekerja-pekerja kesihatan yang mahu berkhidmat
23:38dalam sistem kesihatan tersebut.
23:40Salah satu perkara yang harus kita fikirkan adalah mungkin pada masa
23:43hadapan fungsi kepentingan kesihatan yang terlibat sebagai
23:48provider, funder, regulator dan juga melakukan penyedikan, latihan dan juga
23:54pengubah polisi ini harus diperkemaskan. Mungkin 10-12 tahun akan datang
24:00Kementerian Kesihatan harus memikirkan bagaimana kita memberikan
24:03otonomi kepada hospital-hospital kita supaya dapat melakukan perkhidmatan
24:08dengan secara tersendiri dan melakukan inovasi dan juga kaedah
24:14untuk menguruskan hospital tadi dengan cara yang lebih modern dan dengan cara itu
24:20boleh memberikan peluang kepada mereka yang ingin melakukan, memberikan
24:25perkhidmatan dapat berkhidmat dengan lebih lama dan tidak lagi meninggalkan
24:29negara kita untuk berkhidmat di dua negara. Mungkin pada masa hadapan
24:32Kementerian Kesihatan mungkin menumpukan perhatian sebagai provider
24:37perkhidmatan kesihatan tertentu sebagai regulator dan juga sebagai
24:41pengubah polisi. Manakala perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan lain mungkin
24:45boleh dinyah pusatkan atau dilakukan disentralisasi. Dengan cara ini
24:50bilangan kaki tangan yang bekerja di Kementerian Kesihatan mungkin dapat
24:54menumpukan kepada fungsi utama. Manakala perkhidmatan kesihatan
24:59hospital dan sebagainya itu berdiri sendiri dan kita harus juga memikirkan
25:03mungkin pada masa hadapan kita mungkin memerlukan suran jaya perkhidmatan
25:07kesihatan yang khusus untuk menengani masalah kekurangan pakar dan
25:11juga staf kaki tangan perkhidmatan kesihatan. Itulah harapan saya pada
25:16masa hadapan dan saya yakin bahawa perkara ini dapat dilaksanakan kerana
25:20kita mempunyai kepakaran dan saya yakin ini akan memberikan
25:23manfaat kepada negara kita. Jadi secara kesimpulan dan tuntasnya cabaran itu
25:28makin banyak dan semakin jelas. Tapi reformasi kesihatan tidak boleh hanya
25:33nak tunggu sistem berdepan krisis. Jadi kerana kesihatan sebuah negara itu
25:37tidak bermula di hospital, ia bermula dengan keputusan yang kita buat hari ini.
25:41Jadi terima kasih diucatkan kepada Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Aljunik, Pakar
25:44ekonomi kesihatan IM University atas perkongsian dan juga masa yang
25:49telah diberikan itu tadi dan semuanya akan kami rakunkan dalam semua platform
25:52digital AstroWoney dan juga AstroWoney.com. Jadi sekian saja pantau
25:56belanjaman untuk waktu ini. Sekian saja saya Nabila Khaira. Kita jumpa lagi.
26:00Terima kasih.
26:01Terima kasih.
Comments

Recommended