Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Indonesia sedang berdepan peningkatan mendadak kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa bahagian Kalimantan, dengan jumlah titik panas di Kalimantan Barat naik hampir dua kali ganda berbanding sebelum ini kepada 7,377 pada Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Indonesia sedang berdepan peningkatan mendadak kejadian kebakaran hutan dan tanah di beberapa bahagian Kalimantan dengan jumlah titik panas di Kalimantan
00:09Barat naik hampir dua kali ganda berbanding sebelum ini kepada 7,377 pada Isnin.
00:17Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB, Berton Panjaitan berkata titik panas di Kalimantan
00:27Barat melonjak sebanyak 3,553 kepada 7,377.
00:33Manakala titik kebakaran meningkat daripada 88 kepada 104 dan jarak penglihatan merosot di bawah 1 km.
00:42Di Kalimantan Tengah, titik panas berkurangan sebanyak 147 kepada 5,244 namun titik kebakaran meningkat daripada 16 kepada 72.
00:52Manakala di Kalimantan Selatan, titik panas turun sebanyak 405 kepada 504 tetapi titik kebakaran meningkat daripada 33 kepada 55.
01:03Di Sumatera, Berton berkata titik panas di Sumatera Selatan meningkat sebanyak 209 kepada 1,013.
01:12Manakala penurunan ketara dicatatkan di Riau dan Jambi.
01:16Titik kebakaran turut menunjukkan penurunan di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended