Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai beberapa langkah bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, membantu sektor perniagaan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai beberapa langkah bagi meringankan beban kosar hidup rakyat,
00:09membantu sektor perniagaan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan.
00:14Beliau berkata pengembalian had kelayakan subsidi RON95 daripada 200 litre kepada 300 litre sebulan serta peningkatan ambang pengecualian pelaksanaan e
00:25-invoice kepada perniagaan dengan hasil jualan sehingga RM3 juta setahun dijangka dapat membantu rakyat dan perniagaan yang berdepan peningkatan kos.
00:38Menerusi satu hantaran di Facebook pada Senin, beliau berkata susulan pengembalian langkah-langkah itu adalah penting untuk kontran dan agensi
00:46kerajaan yang berkaitan, menyalurkan peruntukan dengan kadar segera dan memastikan setiap bantuan sampai kepada individu serta perniagaan yang layak.
00:55Presiden Bersatu itu juga berharap langkah-langkah diumumkan disesuli dengan langkah-langkah lain yang lebih komprehensif untuk meringankan beban kosar
01:03hidup rakyat, membantu perniagaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi belanjawan 2027.
01:10Muhyiddin berkata langkah lain termasuk tambahan RM500 juta bagi penyelenggaraan sekolah, pendigitalan, perkhidmatan, kesihatan dan akses kepada langganan perisian kecedasan
01:20buatan AI untuk belia,
01:21diharap dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam bidang pendidikan, kesihatan serta ekonomi digital.
01:29Beliau berkata selain itu penambahan kemudahan mikrokredit sebanyak RM1 bilion untuk peniaga kecil dan geran RM200 juta bagi membantu penjaja
01:37kecil, peniaga pesan malam serta wanita yang menjalankan perniagaan dari rumah juga mampu merancakkan perniagaan khususnya bagi perusahaan mikro kecil
01:46dan sederhana.
01:47Muhyiddin turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula dasar mengenai pencukaian dan rasionalisasi subsidi yang dilihat memberikan kesan langsung kepada beban
01:55ditanggung rakyat ketika ini.
01:57Pada ahad, Peran Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah,
02:05AI, pendigitalan kesihatan, e-invoice dan pembayaran mikro yang berkuat kuasa esok.
02:10Beliau berkata kesemua ikhtiar itu adalah langkah kerajaan menangani kebimbangan rakyat khususnya berkaitan kosar hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Comments

Recommended