Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
AWANI Borneo Khamis 27 Ogos 2026 bersama Farhan Hakimi

- Selatan ASEAN berdepan risiko peningkatan jerebu renta sempadan.

- Program SIM diperluas, bantu kurangkan kos selenggara

- Upah RM500 bawa syabu, nelayan dipenjara 12 tahun, 10 sebatan

Category

🗞
News
Transcript
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera Wani Bonio Jamini bersama saya Farhan Hakimi.
00:11Kita terus sahaja ke tajuk utama.
00:18Selatan ASEAN berdepan risiko peningkatan jerebu rentas badan.
00:26GPDN perluas program servis Isan Madani.
00:34Pada jadi kedai dadah, nelayan di penjara 12 tahun dan 10 sepatan.
00:49Awani Bonio EDC 27 Ogos 2026, kita mulakan dengan perkembangan jerebu di Sarawak.
00:55Setakat jam 7 petang ini, hanya tinggal 3 kawasan yang mencatat bacaan indeks pencemaran udara IPU tidak sihat.
01:03Dari kemas kini yang dikongsi sistem pengurusan indeks pencemaran udara APIMS,
01:07Samarahan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 158.
01:11Ia diikuti Sri Aman 157 dan IPD Serian 156.
01:17Sementara 10 lagi kawasan di Sarawak dan 6 di Sabah mencatatkan bacaan sederhana.
01:24Seterusnya, Pusat Meteorologi Khas ASEAN ASMC mengaktifkan amaran tahap 3.
01:31Bagi Selatan ASEAN, susulan peningkatan risiko jerebu rentas sempadan apabila keadaan titik panas dan jerebu terus merosot.
01:39Dalam nasihat yang dimuat naik di laman sesawang rasminya, ASMC memaklumkan keadaan itu berpunca daripada cuaca kering berpanjangan di rantau
01:49berkenaan.
01:51Menurut ASMC, pemantauan satelit menunjukkan jerebu sederhana hingga tebal meliputi kawasan luas
01:56akibat kelompok titik panas yang dikesan di Kalimantan, manakala jerebu rentas padan pada tahap sama bergerak ke utara dari Kalimantan
02:03Barat.
02:04Sebanyak 287 dan 190 titik panas dikesan di Kalimantan, manakala 65 dan 81 titik panas dikesan di Sumatera.
02:12Masing-masing pada 24 dan 25 Ogos 2026 menerusi satelit NOAA-20.
02:17Dalam laporan harian terkini mengenai jerebu dan cuaca pula, ASMC memaklumkan kepulauan asap rentas padan sederhana hingga tebal dari kelompok
02:25titik panas di Kalimantan Barat dikesan bergerak ke utara memasuki bahagian Barat Sarawak.
02:30Beberapa stesen pemantauan kualiti udara di Kalimantan Barat dan Selatan Tengah dan Selatan Sumatera serta bahagian Darat Sarawak merekodkan tahap
02:37tidak sehat hingga berbahaya.
02:41Indonesia terus mempergiat operasi pemadaman kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, susulan kebakaran hutan dan tanah yang masih marak dengan kawasan
02:50dianggarkan seluas 74,870 hektare terbakar di enam wilayah.
02:56Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB, Bertuan Panjaitan berkata, operasi udara itu melibatkan
03:0652 helikopter yang menggugurkan lebih 4 juta liter air di lokasi kebakaran.
03:13Beliau berkata pihaknya merekodkan 4.6 juta liter air diangkut dan digugurkan di lokasi kebakaran menerusi beberapa penerbangan di enam
03:22wilayah.
03:23Beliau berkata sebanyak 7,334 titik panas direkodkan di enam wilayah pada selasa dengan Kalimantan Barat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu
03:322,610 diikuti Kalimantan Tengah 2,110 dan Sumatera Selatan 1,438.
03:39Menurut beliau, Kalimantan Barat turut mencatatkan anggaran keluasan kawasan terbakar tertinggi iaitu 38,311 hektare, diikuti Riau 16,440 hektare,
03:51Kalimantan Tengah 9,605 hektare, Kalimantan Tengah 7,634 hektare, Sumatera Selatan 1,926 hektare dan Jambi 954 hektare.
04:03Kebakaran hutan dan tanah yang berterusan menyebabkan kualiti udara merosot dengan ketara apabila indeks pencemaran udara IPU di beberapa kawasan
04:11di Kalimantan Tengah mencecah 573 pada awal Rabu iaitu paras yang dikategorikan sebagai berbahaya.
04:18Sementara itu, Ketua Pusat Krisis Kesehatan Kementerian Kesehatan Agus Jamaluddin berkata, kira-kira 3,4 juta penduduk terjejas akibat kebakaran
04:27di tujuh wilayah iaitu Riau, Jambi dan Sumatera Selatan di Sumatera serta Kalimantan Barat Tengah Timur dan Selatan.
04:35Kebakaran itu turut menimbulkan kebimbangan serius di negara jiran termasuk Malaysia apabila jerebu rentas sempadan memburukkan kualiti udara di beberapa
04:43kawasan di selatan rantau ASEAN.
04:49Wartawan Awani Bonio, Rudy Afendi Kalik kini berada di Sambas, Kalimantan, Indonesia bagi mengikuti rapat situasi pembakaran hutan di sana.
04:58Antara yang dikongsikan keadaan panas yang melampau susulan kemarau sejak hampir dua bulan lalu yang memburukkan lagi keadaan.
05:07Rudy seharian di Sambas. Mungkin bagaimana anda melihat keseriusan situasi dan apa keperluan yang amat dinantikan penduduk Rudy?
05:19Terlebih dahulu selamat sore Farhan dan rakan-rakan di sana.
05:23Baik, saya sekarang berada tidak jauh daripada desa termajuk di sempadan Malaysia dan Indonesia dan kami telah berada di Sambas
05:33sejak pagi tadi
05:34untuk meninjau keadaan cuaca yang sebenar-benarnya berlaku di kawasan ini.
05:39Dan seperti juga di Sarawak, di Kucing dan juga di Serian, kawasan di sini sebenarnya amat panas dan kering berjerebu.
05:49Itu yang dapat kami katakan.
05:51Walaupun jerebunya tidaklah setebal seperti sebelum ini, namun kita pasti dapat melihat bahawa jarak pandangan itu agak berkurang.
06:01Mungkin dalam sekitar 2 ke 3 kilometer. Dan keadaan ini memang berpunca daripada pembakaran terbuka.
06:10Tidak sepestinya ia daripada kawasan Sambas itu sendiri, juga daripada kawasan-kawasan lain yang angin seperti juga melanda Sarawak bertiup
06:17ke kawasan ini.
06:17Tapi apa yang perlu diingatkan bahawa keadaan sekarang ini, panasnya memang melampau dan ia menyebabkan beberapa kawasan begitu kering.
06:26Dan kami ke temajuk petang tadi dan kami sempat bertemu dengan penduduk di kawasan ini.
06:33Kita berbicara, kita mendengar keluhan mereka sendiri tentang betapa panas yang amat sangat menyebabkan air kering.
06:40Dan mereka terpaksa membeli air botol untuk minum.
06:46Dan kalau air pipe yang dibeli dari puncanya di gunung, ia berharga sekitar 5 ribu rupiah.
06:52Itu yang harga yang mereka terpaksa bayar dalam keadaan cuaca panas yang melampau ketika ini.
06:57Dan juga mereka cukup mengalu-alukan.
07:00Dengar perkabaran gembira pula Malaysia ataupun Indonesia dan Malaysia telah bersepakat
07:07untuk membenarkan ruang angkasa mereka dibuka bagi tujuan pemberihan awal.
07:12Itu bagi mereka satu rahmat dan berdoakan agar hujan yang cuba dibuat itu turun.
07:19Dan membasahi bumi mereka yang telah dua bulan kekontangan.
07:23Itu yang diberitahu kepada kami ketika kami berbicara dengan mereka bentuk petang tadi, Farhan.
07:30Jadi Farhan, seperti juga rakan-rakan kita di Sarawak, kita berharapkan.
07:34Cuaca di sini kalau diturunkan hujan.
07:40Dan panas di sini juga reda.
07:43Sebab keadaannya cukup menyeksakan.
07:46Bukan sahaja manusia tidak dapat minum.
07:48Bahawa tanah-tanah pun kekontangan.
07:50Itu menyebabkan mereka begitu sedih dengan apa yang berlaku pada ketika ini.
07:57Terima kasih Rudy atas perkembangan tersebut.
08:03Seterusnya, Kementerian Pendagangan Dalam Negeri dan Kos Rihidup KPDN memperluas program servis isan madadi SIM.
08:10Dengan penyertaan Produa dan Proton serta Petronas Auto Expert bagi membantu mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan rakyat.
08:17Menterinya, Rato' Armizan Muhammad Ali berkata di bawah pelaksanaan SIM 2026,
08:22bersempena dengan bulan kebangsaan 2026,
08:25subsidi RM70 ditawarkan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan
08:31di pusat servis Produa, Proton dan Petronas Auto Expert dengan tertakluk kepada terma dan syarat.
08:39Menurutnya, program ini melibatkan keseluruhan 531 pusat servis dan bengkel di seluruh negara
08:46terdiri daripada 221 pusat servis Produa, 186 pusat servis Proton dan 124 bengkel Petronas Auto Expert.
08:56Pengguna yang ingin mendapatkan manfaat boleh membuat tempahan menerusi aplikasi yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing
09:04iaitu aplikasi U-First Produa Passport bagi Produa, Proton Link 2.0 bagi Proton dan Settle bagi Petronas Auto Expert.
09:13Armizan berkata peluasan program di bawah inisiatif payung Rahmah Madani itu antara ikhtiar KPDN
09:20bersama rakan strategik industri dalam menerjemah semangat Malaysia Madani,
09:25kesejahteraan dinikmati melalui inisiatif yang memberi rakyat manfaat secara langsung.
09:31Selain membantu mengurangkan sebahagian kos penyelenggaraan kenderaan,
09:35Armizan berkata program ini juga diharapkan dapat menggalakkan pemilik kenderaan melakukan penyelenggaraan secara berkala
09:41bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
09:46Terdahulu, Armizan menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia HKHM 2026 Peringkat KPDN
09:55yang turut diserikan dengan program jualan Rahmah Madani PJRM Bulan Kebangsaan.
10:01Selain inisiatif yang dilaksanakan pada peringkat KPDN,
10:05rakan strategik kementerian turut menawarkan manfaat istimewa kepada rakyat bersempena dengan HKHM 2026.
10:15Simen Industri Sabah Sendirian Berhad CIS terus mencatat prestasi kewangan kukuh
10:21apabila mengagihkan dividen berjumlah RM40 juta kepada para pemegang saham bagi tahun kewangan 2025.
10:28Pembayaran dividen tersebut mencerminkan prestasi kewangan positif yang dicapai syarikat
10:34selain membuktikan komitmen CIS untuk mengekalkan kecemerlangan operasi,
10:39pertumbuhan mampan serta tatbik urus korporat yang baik.
10:44Bagi tahun kewangan 2025, CIS merekodkan hasil jualan sebanyak RM541 juta
10:52dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM81 juta.
10:57Prestasi tersebut memperlihatkan keupayaan CIS mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh
11:02dalam menghadapi cawaran industri di samping terus memberikan nilai dan pulangan kepada para pemegang saham.
11:09CIS yakin asas kewangan yang kukuh serta hala tuju strategik jelas
11:14akan terus menyokong pertumbuhan syarikat dalam jangka masa panjang
11:18di samping meningkatkan sumbangan berterusan kepada pembangunan ekonomi Sabah.
11:24Dividen berkenaan diserahkan pengurus besar CIS Sumardi Mohd Yusof
11:28selepas mesyuarat lembaga pengarah syarikat yang berlangsung di Kota Kinabalu.
11:33Majlis penyerahan disaksikan pengurusi CIS Datuk Japlin Akim.
11:41Penduduk kampung di sepanjang Jalan Silam lahat datu yang terkesan dengan kerja-kerja perubuhan rumah
11:47bagi memberi laluan pembinaan lebuh raya Pan Borneo pakej WP20
11:51menerima bayaran wang ihsan atau pampasan ex-grasya daripada Kerajaan Negeri Sabah.
11:57Pemimpin pembangunan masyarakat N62 Silam Datuk Mizma Apehdullah berkata
12:03majoriti pemilik rumah yang menerima notis perubuhan memperoleh wang ihsan sebanyak RM20,000.
12:11Pada hari ini mereka telah menerima wang ihsan.
12:15Kebanyakannya 90% daripada mereka adalah berjumlah RM20,000.
12:20Dan 10% itu memandangkan struktur rumah itu agak tidak memadai untuk diberi wang ihsan sebanyak RM20,000.
12:29Tetapi rata-rata daripada mereka ini sangat berpuas hati dengan wang ihsan yang telah diberikan oleh Ketua Menteri kepada mereka.
12:36Bagi mereka yang terkesan walaupun terpaksa meninggalkan rumah yang didami selama ini
12:42namun sumbangan yang diterima akan digunakan sebaiknya.
12:45Seterusnya kami akan membina satu rumah lagi lah untuk menggantikan rumah yang lama
12:51untuk kami teruskan kehidupan di kampung inilah.
12:54Jadi mudah-mudahan segala usaha kami untuk dapatkan satu rumah baru lagi ni
12:59dipermudahkan oleh Allah SWT.
13:01Mungkin dengan RM20,000 ini kami bolehlah untuk memulakan pembinaan rumah itulah.
13:07Mungkin boleh disusuli dengan penambahan duit simpanan yang ada lah.
13:11Sekarang ni tiada tapak.
13:13Tapi sekarang tengah mencari tapak.
13:16Mengikut yang dijanjikan akan disediakan tapak lah.
13:19Cuma belum ada perkembangan lagi.
13:22Sebab dia punya sagu hati tu agak berat sikit untuk diterima lah.
13:26Membuat rumah tu sekarang pengkosnya bukan alang-alang.
13:29Biarpun dua bilik, satu bilik pun kalau setakat sagu hati tu memang tidak mencukupi lah.
13:38Hanya kerana mengejar upah RM500, seorang nelayan terjebak membawa lebih 128 gram syabuk.
13:46Namun tindakan itu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun
13:51dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis.
13:58Rizal Aral, 34 tahun, mengaku bersalah memiliki 128.7 gram metamfetamin
14:04selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan pesuruh jaya kehakiman Steve Ritikos.
14:08Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki dadah berkenaan di Jalan Indra Sabah,
14:12Fishing Paradise, Tawau pada 20 Jun tahun lalu.
14:15Dia dilakwa mengikut Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952
14:20yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A-2 Akta Sama.
14:24Berdasarkan fakta kes, polis terserempak dengan tertuduh yang bawa sebuah beg berwarna kelabu.
14:29Menyedari kehadiran polis, tertuduh cuba melarikan diri sebelum membuang beg berkenaan.
14:34Pemeriksaan menemukan tiga bungkusan berisi hablur jernih
14:37yang kemudiannya disahkan sebagai metamfetamin seberat keseluruhan 128.7 gram.
14:43Siasatan mendapati tertuduh mengetahui kandungan beg berkenaan adalah syabu
14:47dan dijanjikan upah RM500 untuk mengambil serta menghantarnya kepada seorang individu yang dikenali sebagai sultan.
14:54Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan
14:57berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 20 Jun 2025.
15:01Selepas selesai menjalani hukuman, tertuduh-tuduh diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
15:10Sekian Awani Borneo Jamini, saya Farhan Hakimi, salam hormat.
Comments

Recommended