00:00Hala tujuh kerjasama Pakat Harapan, PH dan Barisan Nasional, BN bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka dijangka diputuskan sebelum sambutan
00:09Hari Malaysia pada 16 September ini.
00:12Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amiruddin Syari pada Khamis berkata perbincangan masih pada peringkat awal dan belum ada sebarang
00:19keputusan muktamad.
00:22Menteri Besar Selangor itu juga berkata satu daripada sesi perbincangan berhubung perkara itu dijangka berlangsung minggu ini bagi menilai perkembangan
00:29rundingan.
00:30Menurut Amiruddin, sebarang persepakatan perlu dilaporkan dan dimutamakan di peringkat PH serta PKR terlebih dahulu.
00:36Beliau turut menjangkakan gambaran lebih jelas mengenai langkah kedua-dua gabungan itu dalam menghadapi PRN Melaka akan diperoleh sebelum 16
00:43September.
00:43Amiruddin berkata pengalaman PH dan BN dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini akan dijadikan asas untuk mencari penyelesaian terbaik.
00:50Kedua-dua gabungan pernah bertembung di Johor dan Negeri Sembilan selain bekerjasama rapat dalam pilihan raya negeri Sabah.
00:55Semua pengalaman itu katanya akan dinilai bagi memastikan sebarang keputusan memberikan manfaat kepada semua pihak.
01:01Sebelum ini pengarah komunikasi PH Datuk Seri Fahmi Fadil berkata gabungan itu mempunyai jadual dan garis masa tersendiri untuk membincangkan
01:08persiapan menghadapi PRN Melaka.
Comments