Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Amir Hamzah menegaskan nilai teknologi diukur melalui manfaat ekonomi serta keupayaannya memperkukuh pasaran kewangan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nilai sebenar teknologi baharu bukan terletak kepada kecanggihan atau sifat baharunya, sebaliknya pada keupayaan memberi manfaat kepada ekonomi.
00:09Menteri Keuangan 2, Datuk Sri Amir Hamzah Azizan berkata, teknologi seperti kecerdasan buatan AI, infrastruktur digital dan tokenisasi mampu meningkatkan
00:20kecekapan pasaran serta mengurangkan halangan.
00:25Menurutnya, teknologi itu berpotensi memperluas akses kepada modal dan mewujudkan peluang ekonomi yang lebih besar.
00:32Namun, beliau menegaskan sistem keuangan generasi akan datang tidak akan ditentukan oleh teknologi semata-mata.
00:38Sebaliknya, ia bergantung kepada keupayaan negara menggabungkan inovasi dengan kepercayaan, kecekapan, dengan daya tahan serta kemajuan dengan kestabilan.
00:48Amir Hamzah berkata, Malaysia perlu memperkukuh asas pasaran, meningkatkan kecekapan dan memperluas akses kepada modal bagi memastikan pasaran kewangan dan
00:58modal negara kekal kompetitif serta relevan.
01:01Kenyataan itu disampaikan menerusi ucap pertama pada acara anjuran CIMB Groups Holdings Berhad di Kuala Lumpur pada Khamis.
01:10Acara berkenaan turut menyaksikan pelancaran penyelesaian deposit bertoken pertama di Malaysia bagi urus niaga sukup bertoken.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended