Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menurut MoF, jumlah lesen dan permit perjudian yang berkuat kuasa ketika ini kekal berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak 1990-an.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan tidak pernah meluluskan sebarang lesen atau permit perjudian baru di Kedah,
00:06mahupun menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.
00:14Kementerian Keuangan menegaskan kenyataan dibuat Menteri Besar Kedah,
00:18Datuk Seri Muhammad Sanu Seri Makno disifatkan sebagai mengelirukan
00:21kerana memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mengawal aktiviti perjudian di negeri tersebut.
00:30Menurut Kementerian itu, jumlah lesen dan permit perjudian yang berkuat kuasa ketika ini
00:35kekal berdasarkan kelulusan lesen sedia ada sejak 1990-an.
00:39Sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022 yang turut merangkumi Parti PAS
00:47tidak pernah ada sebarang usul atau keputusan mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara
00:52atau memasukkan lesen sedia ada.
00:55Kementerian Keuangan menambah berdasarkan rekod Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan
01:00pada 2020 memutuskan mengurangkan bilangan cabutan khas daripada 22 kepada 8 kali setahun.
01:07Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada 2020
01:13kemudiannya memutuskan meningkat atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.
01:20Katanya selepas Kerajaan Madani mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022
01:26keputusan terawal adalah membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas
01:33daripada 22 kepada 8 kali setahun mulai Januari 2023.
01:37Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended