Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terus mencatat prestasi kewangan kukuh apabila mengagihkan dividen berjumlah RM40 juta kepada para pemegang saham bagi tahun kewangan 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semen Industri Sabah Sendirian Berhad CIS terus mencatat prestasi kewangan kukuh apabila mengagihkan dividen berjumlah RM40 juta kepada para pemegang
00:10saham bagi tahun kewangan 2025.
00:13Pembayaran dividen tersebut mencerminkan prestasi kewangan positif yang dicapai syarikat selain membuktikan komitmen CIS untuk mengekalkan kecemerlangan operasi, pertumbuhan mampan
00:24serta tatbik urus korporat yang baik.
00:29Bagi tahun kewangan 2025, CIS merekodkan hasil jualan sebanyak RM541 juta dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM81 juta.
00:41Prestasi tersebut memperlihatkan keupayaan CIS mengekalkan kedudukan kewangan yang kukuh dalam menghadapi cawaran industri di samping terus memberikan nilai dan
00:52pulangan kepada para pemegang saham.
00:54CIS yakin asas kewangan yang kukuh serta hala tuju strategik jelas akan terus menyokong pertumbuhan syarikat dalam jangka masa panjang,
01:03di samping meningkatkan sumbangan berterusan kepada pembangunan ekonomi Sabah.
01:08Dividen berkenaan diserahkan pengurus besar CIS Sumardi Mohd Yusof selepas mesyuarat lembaga pengarah syarikat yang berlangsung di Kota Kinabalu.
01:17Majlis penyerahan disaksikan pengurusi CIS, Datuk Japlin Akim.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended