Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Firdaus Azman berkata, berdasarkan maklumat terkini diterima, kesemua rakyat Malaysia berkenaan sebelum ini dilaporkan menuju ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:03Kedudukan 56, rakyat Malaysia yang terputus hubungan susulan kejadian banjir kilat di Nepal masih belum dikenalpasti setakat ini.
00:11Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Muhammad Firdaus Azman berkata,
00:17berdasarkan maklumat terkini yang diterima, kesemua rakyat Malaysia berkenaan sebelum ini dilaporkan menuju ke kawasan yang terjejas akibat bencana itu.
00:28Setakat ini, berdasarkan maklumat yang kita terima, memang 56 rakyat Malaysia ini semuanya menuju ke arah kawasan yang terjejas ini.
00:39Yang so far yang...
00:40Yang membezakan ialah sama ada mereka berada di kawasan tinggi atau di kawasan rendah, di kawasan yang terjejas inilah.
00:52Selain itu, dalam usaha mengesan mereka, Kedutaan kini berhubung rapat dengan hospital di Kathmandu
00:57bagi mengenalpasti kemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang dibawa ke ibu negara itu untuk mendapatkan rawatan.
01:04Menurut Muhammad Firdaus, pasukan mencari dan menyelamat Nepal ketika ini memberi tumpuan kepada mangsa yang mengalami kecederaan parah
01:11untuk dibawa ke Kathmandu menggunakan helikopter.
01:14Ini memandangkan usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan petugas Nepal
01:22hanya menumpukan kepada mereka yang cedera parah.
01:28Dan mereka ini akan dibawa ke Kathmandu, hospital di Kathmandu melalui helikopter dan hanya ini akan dirawat.
01:36Mereka yang cedera ringan hanya akan dirawat di kawasan yang terjejas saja melalui pusat kesihatan yang dibuka di kawasan terjejas
01:47inilah.
01:48Jadi, bagi pihak Kedutaan ini, kita buat masa ini berhubungan rapat dengan pihak hospital-hospital di Kathmandu
01:55bagi mengenalpasti sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang dibawa ke Kathmandu bagi tujuan rawatan.
02:02Tambahnya, Kedutaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan hospital tempatan
02:07bagi mendapatkan maklumat mengenai status serta keberadaan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi.
02:13Pada Kamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jabatan berkaitan
02:18supaya segera mengenalpasti dan menghubungi rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir kilat di Nepal.
02:24Anwar berkata arahan itu melibatkan Majlis Keselamatan Negara MKN dan Kementerian Luar
02:29termasuk usaha menghubungi Kementerian serta Kedutaan Malaysia di New Delhi, India dan Kathmandu, Nepal.
02:38Terima kasih kerana menonton!
02:38Terima kasih kerana menonton!
02:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended