Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Malaysia catat RM139.9 bilion pelaburan sektor kelengkapan pengangkutan sejak 2017, sambil memperkukuh vendor Tier 1 dan teknologi EV

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia diharap mampu menghasilkan kenderaan generasi baru yang direka dan dibuat dalam negara sebelum menembusi pasaran global.
00:07Aspirasi itu disuarkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Maida Zuaida Abdullah, seiring usaha memperkukuh industri otomotif bernilai
00:18tinggi negara.
00:21So di masa akan datang kita nak tengok next generation vehicle. Maksudnya kereta yang betul-betul menggunakan teknologi yang baru
00:30dan kenderaan yang seperti ini kalau boleh direka di dalam negara kita
00:38dan dibuat di negara di Malaysia dan dibawa atau dipandu oleh semua rakyat di seluruh si serata dunia lah.
00:50Zuaida berkata Malaysia mempunyai kelebihan menerusi ekosistem otomotif yang batang serta industri elektrik dan elektronik E&E yang kukuh.
00:58Kekuatan itu penting kerana kenderaan elektrik, EV dan kenderaan generasi baharu memerlukan integrasi industri otomotif dengan elektronik, semikonduktor, perisian dan
01:08kecerdasan buatan atau AI.
01:11Dari 2017 hingga suku pertama 2026, Malaysia merekodkan RM139.9 bilion pelaburan diluluskan dalam sektor kelengkapan pengangkutan melibatkan lebih 2
01:23,500 projek.
01:24Pelaburan itu dijangka menjana kira-kira 250,000 peluang pekerjaan.
01:29Namun masih terdapat jurang dalam rantaian nilai semikonduktor otomotif negara, khususnya melibatkan vendor tyre satu yang memerlukan kepakaran mengintegrasikan komponen
01:39elektronik kepada sistem atau modul lengkap.
01:42Subungan itu antara pelaburan bernilai tinggi yang mahu ditarik termasuk cip khusus EV, elektronik kuasa untuk pengecasan berkelajuan tinggi, sensor
01:50pintar, teknologi bateri dan pengawal motor.
01:54Pada masa sama, projek yang membuka peluang kepada vendor tempatan dan membangunkan rantaian bekalan akan menerima penilaian lebih tinggi di
02:01bawah kerangka insentif baru.
02:04Bermaksud juga lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang bernilai tinggi seperti engineering, software, developer dan sebagainya.
02:15Dan juga lebih banyak teknologi transfer yang dilakukan kepada syarikat-syarikat tempatan.
02:23Beliau berkata demikian menerusi wawancara yang dikongsikan kepada Estro Awani pada Khamis.
02:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended