Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Siasatan mendapati tertuduh mengetahui kandungan beg berkenaan adalah syabu dan dijanjikan upah RM500 untuk mengambil serta menghantarnya kepada seorang individu yang dikenali sebagai ‘Sultan’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hanya kerana mengejar upah RM500, seorang nelayan terjebak membawa lebih 128 gram syabuk.
00:08Namun, tindakan itu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada
00:16Khamis.
00:19Rizal Aral, 34 tahun, mengaku bersalah memiliki 128.7 gram metamfetamin selepas perturuhan pilihan dibacakan di hadapan pesuruh jaya kehakiman
00:28Steve Ritikos.
00:30Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki dadah berkenaan di Jalan Indra Sabah, Fishing Paradise, Tawau pada 20 Jun tahun lalu.
00:36Dia dilakua mengikut Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A-2 Akta Sama.
00:46Berdasarkan fakta kes, polis terserempak dengan tertuduh yang bawa sebuah beg berwarna kelabu.
00:51Menyedari kehadiran polis, tertuduh cuba melarikan diri sebelum membuang beg berkenaan.
00:55Pemeriksaan menemukan tiga bungkusan berisi hablur jernih yang kemudiannya disahkan sebagai metamfetamin seberat keseluruhan 128.7 gram.
01:05Siasatan mendapati tertuduh mengetahui kandungan beg berkenaan adalah syabu dan dijanjikan upah RM500 untuk mengambil serta menghantarnya kepada seorang individu
01:13yang dikenali sebagai sultan.
01:14Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 20 Jun 2025.
01:23Selepas selesai menjalani hukuman, tertuduh-turuh diperintahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended