Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Fahmi menambah perbincangan itu akan menentukan sama ada sambutan Hari Kebangsaan diteruskan di lokasi asal di Dataran Putrajaya, ditukar lokasi atau skala penganjurannya diubah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos tidak akan dibatalkan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.
00:07Bagaimanapun, Juru Cakap Kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadil berkata,
00:11skala atau lokasi penganjuran mungkin diubah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan para peserta serta pengunjung.
00:18Katanya Jemaah Menteri memutuskan agar Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar
00:23akan mengadakan perbincangan bersama kementerian dan jabatan berkaitan.
00:31Ini juga termasuk program Ambang Hari Kebangsaan yang dijadualkan untuk berlangsung pada 30 hari bulan Ogos
00:40bertempat di Dataran Merdeka, Anjuran Dewan Mada Kuala Lumpur dan juga CIMB.
00:47Jadi petang ini, Tansi KSN akan mengadakan perbincangan dan seterusnya membuat keputusan
00:54tentang skala, lokasi dan juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh penganjur
01:01untuk menjamin keselamatan dan kesihatan bagi para bukan hanya pengunjung, penonton
01:10tapi juga di kalangan peserta.
01:13Kita tidak akan batalkan, tapi sama ada skalanya berubah ataupun diubah lokasi.
01:20Tapi kita tunggu hasil mesyuarat Tansi KSN petang ini.
01:30Tidak diputuskan dalam mesyuarat, tapi kita akan ambil maklum daripada pihak KKM dan juga pihak KPM.
01:37KPM kerana ia melibatkan 1,500 peserta human grafik di kalangan pelajar-pelajar, sekolah menengah
01:45dari tiga negeri.
01:49Ada mungkin yang terbuat dekat dalam indor?
01:52Itu salah satu cadangan, tapi kita akan teliti kesesuaian lokasi dan juga pertimbangan-pertimbangan lain.
02:02Jadi kita tunggu kenyataan daripada Tansi KSN.
Comments

Recommended