Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Seorang pendakwah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas 34 pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah lebih RM13.8 juta milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pendakwa agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Seremban pada Rabu atas 34 pertuduhan pecah amanah yang melibatkan wang
00:08berjumlah lebih 13.8 juta ringgit milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO.
00:14Tertuduk Abdullah Abdul Razak ber40 tahun untuk memohon dibicarakan atas 17 lagi pertuduhan pengubahan wang haram yang berjumlah 1.55
00:23juta ringgit di hadapan Hakim Kuna Sundari Marimoto.
00:29Abdullah yang juga merupakan seorang pendakwa bebas adalah pengerusi Pertubuhan Rezeki Infak Malaysia Prim ketika kesalahan itu didakwa dilakukan.
00:38Bagi pertuduhan pecah amanah, dia didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bank di Seremban 2 antara Februari 2023 hingga Mac
00:482026.
00:49Bagi pertuduhan dibawa akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001 amlah, kesalahan itu
01:00didakwa dilakukan antara Mei 2024 hingga Februari 2026 di lokasi yang sama.
01:06Pertuduhan bagi pecah amanah dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 20
01:17tahun serta sebat dan denda jika sabit kesalahan.
01:20Bagi aktiviti pengubahan wang haram, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4-1-B amlah yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 15
01:30tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.
01:37Dalam pada itu, setiausaha NGO Prim Nur Sahira Abdullah 30 tahun turut didakwa secara berasingan atas pertuduhan bersubahat dengan Abdullah
01:47dalam melakukan kesalahan pecah amanah tersebut.
01:51Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 4-09 Kanun yang sama dan mengaku tidak bersalah
01:59terhadap kesemua pertuduhan.
02:01Mahkamah turut memerintahkan tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
02:08Hakim Kuna Sundari kemudian membenarkan Abdullah diikat jamin RM700,000 dengan RM300,000 daripadanya merupakan jaminan tanpa cagaran berserta dua
02:19orang penjamin.
02:20Bagi Nur Syairah, timbalan pendakwa raya Syairah Akilah Khalil mencadangkan jaminan sebanyak RM250,000 dengan dua penjamin.
02:30Hakim Kuna Sundari menetapkan jaminan terhadap Nur Syairah sebanyak RM200,000 dengan dua orang penjamin.
02:38Mahkamah menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh.
Comments

Recommended