Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Cubaan menjual seorang bayi lelaki terbongkar selepas polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri berusia 41 tahun di Sungai Petani, Jumaat lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cubaan menjual seorang bayi lelaki gagal selepas polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri berusia 41 tahun di Sungai
00:08Petani Jumat lalu.
00:09Pasangan suami isteri itu ditahan setelah maikat wanita terbabit digunakan bagi tujuan pendaftaran pemeriksaan kehamilan dan proses kelahiran seorang ibu
00:18hamil yang berusia 24 tahun di sebuah hospital swasta.
00:25Ketua Polis Kedah Dato' Azli Abu Syah berkata kes itu terbongkar selepas pegawai perubatan hospital membuat laporan polis pada 21
00:33Ogos lalu.
00:34Berhubung tindakan seorang wanita tempatan yang mendaftar proses kelahiran menggunakan dokumen pengenalan diri milik individu lain.
00:43Susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Ibu Pejabat Polis Kontingen Kedah
00:49bersama bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah IP di Kuala Muda menjalankan pemeriksaan di hospital berkenaan.
00:58Hasil Siasatan, enam individu tempatan ditahan iaitu empat wanita dan dua lelaki berusia antara 24 hingga 50 tahun.
01:08Jadi siasatan kita dapati yang pertama yang bersalin ini dia maknanya dia tanpa marriage, tanpa perkahwinan telah pregnant, ditinggalkan.
01:22So this party enam orang ini offer pada dia sebelum bersalin lagi.
01:28You pergi to this hospital, everything kita akan tanggung dengan kos lebih kurang RM9,000.
01:36Salin swasta kan dengan proses apa, scissor tu.
01:40Dan dibagi wang saku lagi, wang poket RM8,000.
01:46Dan juga MO dia untuk mengaburi pihak JPN, pihak perkuasa tu, gunakan yang salin ni identiti salah seorang perempuan tu.
01:56Maksudnya besok daftar tu, automatically pada nama konsiden anak dia lah.
02:02Selepas habis tu, teruslah pada salah seorang suspek ni.
02:06Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pujabat Polis Daerah IP di Kulim pada Rabu.
02:12Katanya seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah turut ditahan bagi membantu siasatan.
02:20Polis menyelamatkan bayi lelaki terbabit dan ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
02:26untuk pemantauan dan penjagaan pihak hospital serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kolamuda.
02:33Kesemua enam individu yang ditahan di reman selama 11 hari bermula 22 Ogos lalu
02:37dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemendagangan Orang
02:41dan Anti Penyeludupan Migran 2007 Akta 670 berkaitan kesalahan pemendagangan kanak-kanak.
02:48Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended