Skip to playerSkip to main content
Kalau sebut Laksa Terengganu, jangan ingat versi kuah putih je. Kuah merah pun ada dan sedapnya memang tak boleh bawa bincang! Kalau rindu makanan Pantai Timur, jom cuba Laksa Kuah Merah Terengganu ni sendiri di rumah. Selamat mencuba!

LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa – dicelur
Timun (cincang halus)
Kacang panjang (hiris halus)
Tauge
Daun kesum (hiris halus)
Bunga kantan (hiris halus)
Limau kasturi

BAHAN B (ISI IKAN):
10 ekor ikan selayang – direbus, ambil isi dan kisar halus dengan air rebusan ikan
1 liter air rebusan ikan

BAHAN KUAH:
3 sudu besar cili kisar
5 sudu besar rempah Gulai Cap Ros
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
2 sudu besar kerisik
1 inci belacan (tumbuk halus)
1/2 keping gula melaka
1 keping asam gelugur
500ml santan pekat
Minyak masak untuk menumis
Garam dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #laksakuahmerahterengganu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi resepi laksa kawal merah tengah ni.
00:03Haa, pasti ramai tak pernah cuba kan?
00:06Sedap tau.
00:07Rugi kalau tak try menu yang satu ni.
00:08Tak maulah cakap banyak.
00:09Jom kita masak.
00:10Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak masak dalam periuk
00:14dan tumis rempah empat sekawan sampai naik bau.
00:17Masukkan bawang merah, bawang putih dan halian dan dikisar.
00:20Masukkan juga cili kisar dan rempah gulai.
00:22Rempah ni memang famous dekat tengah ni.
00:24Kalau tak ada rempah gulai ni, boleh je gantikan dengan serbuk kari ikan biasa.
00:28Bila rempah dah garing dan pecah minyak,
00:30masukkan isi ikan selaya rebus yang kita dah kisar dengan air rebusan ikan.
00:33Kacau sampai semuanya sebati.
00:36Seterusnya, masukkan serbuk belacan, kerisik, gula melaka dan asam geluga.
00:40Belacan tu kotak adian serbuk, boleh je guna belacan biasa.
00:43Letak dalam satu inci macam tu.
00:45Biarkan kuah merenai pelahan sampai semua rasa betul-betul sebati.
00:48Tuangkan santan pekat.
00:50Nak lagi padu, guna santan kelapa segar.
00:52Seterusnya, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
00:55Kacau selalu supaya satan tak pecah dan kuah kekal cantik.
00:59Masak sampai kuah mendidih dan sedikit pekat.
01:01Aromanya memang sangat sedap.
01:03Sekarang, bolehlah kita hidang.
01:05Masukkan laksa yang kita dah celur ke dalam mangkuk.
01:07Kemudian tuang kuah.
01:09Letak kuah banyak-banyak pun tak apa.
01:10Sekali imbas rasa macam laksa Johor.
01:13Lepas tu, bolehlah hiaskan dengan timun, kacang panjang,
01:16tauge, daun kesum dan bunga kantan.
01:18Ulam-ulam ni hiris halus.
01:20Barulah mudah makan.
01:21Nak lagi kick, letak limau kasturi.
01:23Barulah mantap.
01:24Dah siap laksa kuah merah Tengganu kita.
01:26Kuahnya lemak, pedas dan kaya rasa ikan.
01:29Sekali hirup terasa nikmat.
01:31Kalau anda suka makan laksa,
01:33memang kena cuba hidangan istimewa dari Tengganu ni.
01:35Selamat mencuba.
01:36Nak tengok timun rasa masak Australia Live?
01:38Jom minta asyik kami di TikTok macam rasa setiap rasa dan khamis.
01:41Ingat makan, ingat rasa.
01:42Jangan lupa tonton.
01:42Terima kasih.
01:43Terima kasih.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended