00:00United Kingdom, Australia dan Canada mengecam keputusan Israel untuk tidak meneruskan siasatan jenayah berhubung serangan maut ke atas konvoi World
00:09Central Kitchen WCK di Gaza pada 2024.
00:13Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga negara itu menyifatkan keputusan berkenaan sebagai memalukan dan gagal memberikan keadilan kepada mangsa serta
00:22keluarga mereka.
00:25Tambahnya lebih dua tahun ketiga-tiga negara itu mendesak Israel untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap insiden itu.
00:34Mereka berkata keputusan Pasukan Pertahanan Israel IDF untuk menutup kes berkenaan tanpa penjelasan lanjut adalah satu tindakan yang tidak boleh
00:43diterima.
00:43Ketiga-tiga negara itu turut menegaskan bahawa mangsa dan keluarga mereka berhak mendapat keadilan serta kepastian mengenai apa yang berlaku.
00:51Selain itu, ketiga-tiga negara itu turut menggesa agar Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan memastikan pekerja kemanusiaan dapat
01:00menjalankan tugas secara selamat.
01:03Kenyataan itu turut menyebut bahawa Gaza kekal menjadi antara lokasi paling berbahaya untuk operasi bantuan kemanusiaan dengan ratusan pekerja bantuan
01:11terkorban dalam tempoh konflik berlangsung.
01:14Serangan ke atas konvoi WCK pada 2024 meragut nyawa tujuh pekerja bantuan dan menjadi antara insiden paling mendapat perhatian komuniti
01:24antarabangsa.
Comments