Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Tujuh negara termasuk Perancis, Jerman dan Britain mengecam keputusan Israel meneruskan projek penempatan E1 di Tebing Barat, dengan menyifatkannya sebagai ancaman kepada penyelesaian dua negara dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tujuh negara barat mengecam keputusan Israel meneruskan pelan pembangunan penempatan I-1 di Tebing Barat.
00:07Dalam kenyataan bersama, pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Norway, Britain dan Kanada
00:14menifatkan keputusan Israel itu sebagai tindakan yang tidak boleh diterima.
00:20Mereka menegaskan langkah itu boleh menggugat prospek penyelesaian dua negara dan menjejaskan kesinambungan wilayah Palestine.
00:27Mereka berkata projek penempatan I-1 berisiko memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan peluang mewujudkan negara Palestine yang berdaya maju.
00:37Ketujuh-tujuh negara itu turut menegaskan bahawa penempatan Israel di Tebing Barat adalah bertentangan dengan Undang-Undang Antara Bangsa
00:44serta Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
00:49Mereka menyatakan keputusan itu dibuat ketika rantau tersebut berdepan ketidakstabilan yang serius
00:54termasuk peningkatan keganasan terhadap orang awam dan tekanan terhadap ekonomi Palestine.
01:00Negara-negara berkenaan menggesa Israel menarik balik pelan tersebut serta menghentikan sebarang peluasan penempatan di Tebing Barat.
01:08Mereka juga memberi amaran kepada syarikat dan pihak perniagaan agar tidak terlibat dalam tender pembinaan berkenaan
01:15kerana berisiko berdepan implikasi Undang-Undang dan Reputasi.
01:19Pada selasa, Israel menerbitkan tender bagi pembinaan 1,234 unit kediaman di kawasan I-1
01:27sebahagian daripada pelan lebih besar yang merangkumi 3,401 unit kediaman di timur Baitul Makhadis.
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended