Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) membuka lima kertas siasatan berhubung kes melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk perkara yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK membuka 5 kertas siasatan berhubung kes melibatkan lembaga tabung haji
00:10TH termasuk perkara yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai TH.
00:17Pengarah JSJK Bukiaman, Datuk Rusdi Muhammad Isa berkata, setakat ini sebanyak 127 orang telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
00:27Katanya beberapa orang lagi akan dipanggil untuk diambil keterangan termasuk saksi dari luar negara.
00:34Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk kanun kesesaan, akta tabung haji 1995, akta syarikat 1965 serta
00:45akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001.
00:52Rusdi berkata PDRM komited memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus dan profesional serta berlandaskan undang-undang.
01:02Beliau menegaskan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang
01:11yang berkuat kuasa.
01:12Dalam pada itu, PDRM mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang
01:21sedang dijalankan.
01:22PDRM turut menyeru orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan siasatan hanya daripada saluran rasmi bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak menjejaskan
01:32proses siasatan.
01:33PDRM
Comments

Recommended