Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil beberapa langkah penambahbaikan bagi mengurangkan kesesakan serta tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Pulau Pinang (HPP), terutama ketika waktu puncak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang JKNPP mengambil beberapa langkah penambahbaikan bagi mengurangkan kesesakan serta tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan dan
00:11Trauma Hospital Pulau Pinang HPP terutama ketika waktu puncak.
00:15Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr. Zulhizam Abdullah dalam kenyataan malam ini berkata, antara langkah jangka pendek yang sedang dilaksanakan ialah
00:24projek menaik taraf ruang di Blok Jabatan Pesakit Luar HPP bagi membolehkan peluasan kawasan rawatan serta integrasi aliran pesakit Jabatan
00:32Kecemasan dan Trauma yang dijangka siap pada hujung tahun ini.
00:38Selain itu, persekitaran menunggu yang lebih selesa akan disediakan khususnya kepada warga emas serta golongan berkeperluan khas.
00:46JKNPP menyatakan pihaknya mengambil maklum berhubung antara video yang tular di media sosial mengenai tempoh masa menunggu yang panjang di
00:54Jabatan Kecemasan dan Trauma HPP pada waktu malam.
00:58Dr. Zulhizam turut memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami terutama kepada pesakit warga emas dan pengiring.
01:04Beliau berkata pengurusan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma HPP dilaksanakan mengikut sistem saringan 3H berasaskan tahap keseriusan kes perubatan
01:14dan bukannya berdasarkan masa ketibaan.
01:18Menurut Dr. Zulhizam, kes zon merah yang kritikal dan mengancam nyawa akan diberikan rawatan serta merta,
01:24manakala zon kuning membabitkan kes berisiko tinggi yang memerlukan perhatian perubatan segera,
01:30manakala zon hijau membabitkan kes ringan atau pesakit yang hadir dengan gejala tidak kritikal.
01:36Pada waktu puncak termasuk lewat malam, keutamaan rawatan diberikan kepada kes zon merah serta kuning
01:42dan keadaan itu menyebabkan pesakit zon hijau terpaksa menunggu lebih lama sekiranya berlaku lonjakan kes kritikal secara serentak.
01:50Tempoh keseluruhan menunggu untuk mendapatkan rawatan juga bergantung kepada masa diperlukan
01:55bagi menjalankan ujian darah serta pemeriksaan lanjut oleh pasukan kepakaran berkaitan.
02:00Beliau berkata untuk pelan jangka masa panjang projek pembangunan blok tambahan iaitu blok wanita dan kanak-kanak HPP
02:06yang sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2027
02:11akan dilengkapi dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dirancang dengan saiz yang lebih luas dan selesa.
02:18Sebagai tambahan juga, satu blok tambahan sedang dalam fasa pembinaan di bawah projek blok klinik pakar dan wad
02:24dan ia bakal disiapkan pada 2029.
Comments

Recommended