00:00Sebarang ketegangan perlu ditangani secara cermat menerusi dialog dan diplomasi bagi memastikan keamanan dan kestabilan serantau terus terpelihara.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian itu turut dipersetujui Perdana Menteri Pakistan Syabas Sharif ketika mereka bertukar-tukar
00:19pandangan terkait perkembangan semasa di rantau ini serta perkembangan hubungan Iran dan Amerika Syarikat.
00:26Menerusi hantaran di Facebook Perdana Menteri berkata perkara itu dibincangkan ketika perbualan telefon dengan Syabas yang turut bertanyakan perkembangan kesihatan
00:35beliau.
00:36Anwar berkata mereka berdua juga membincangkan perkembangan hubungan Iran dan Amerika Syarikat yang menegaskan pentingnya libat urus berterusan bagi meredakan
00:44ketegangan.
00:45Katanya Selahormus pula mesti kekal terbuka dan selamat bagi menjamin kelancaran perdagangan antarabangsa.
00:52Anwar berkata perbualan berkenaan turut memperkukuh komitmen Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat hubungan perdagangan dan ekonomi yang mempunyai potensi besar
01:01untuk dikembangkan termasuk memperluas ekspor daging Pakistan ke Malaysia.
01:06Beliau berkata setiap komitmen yang dicapai perlu segera diterjemahkan kepada hasil nyata yang memberi manfaat kepada rakyat serta kedua-dua
01:14negara.
01:14Anwar turut menyatakan dukungan Pakistan sebagai negara sahabat dan rakan penting.
01:19Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan perhargaan kepada Syabas atas doa serta kiriman bunga dan buah-buahan susulan keadaan kesehatannya
01:27selain memaklumkan bahawa beliau kini dalam proses memulihan.
01:32Sebelum ini, Perdana Menteri selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut atau para umbilikal hernia.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments