Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Malaysia dan Brunei Darussalam terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi perbincangan meliputi isu sempadan darat dan laut, kerjasama tenaga serta usaha memudahkan pergerakan penduduk antara kedua-dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Brunei Darussalam terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi perbincangan meliputi isu sempadan darat dan laut, kerjasama tenaga serta
00:09usaha memudahkan pergerakan penduduk antara kedua-dua negara.
00:13Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pertukaran surat Exchange of Letters yang dipengerusikan bersama Menteri Luar Malaysia dan Menteri Luar Kedua
00:21Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Eriwan Muhammad Yusof.
00:26Menurut Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan, beberapa isu yang memerlukan penyelesaian turut dibincangkan selain usaha meningkatkan kerjasama ekonomi antara
00:35kedua-dua negara.
00:37Ada isu-isu yang perlu diselesaikan dan ada juga beberapa perkara yang dilihat untuk mempertingkatkan hubungan dua hala terutamanya kerjasama
00:51ekonomi kedua-dua negara.
00:55Isu-isu yang kami bincangkan terdiri daripada isu berkenaan dengan sempadan darat, berkenaan dengan padan laut, berkenaan dengan kerjasama peternas
01:08syarigali Brunei dengan syarikat minyak Brunei,
01:13berkenaan dengan penubuhan search and rescue.
01:17Besok kami akan menandatangani MOU berkenaan dengan SAR.
01:22Beliau berkata Memorandum Persefahaman MOU berkaitan penubuhan search and rescue SAR dijadualkan ditandatangani pada Sabtu sebagai antara langkah memperkukuh kerjasama
01:33kedua-dua negara dalam aspek keselamatan dan bantuan kecemasan.
01:37Dalam pada itu, isu berkaitan laluan keluar masuk antara Brunei, Sarawak dan Sabah turut diberi perhatian susulan jumlah pusat pemeriksaan
01:46imigresen yang perlu dilalui penduduk ketika melakukan perjalanan pergi dan balik.
01:51Mengenai sempadan darat Malaysia Brunei, beliau berkata kira-kira 50% daripada isu berkenaan telah berjaya diselesaikan, khususnya berkaitan proses
02:00penandaan sempadan di lapangan.
Comments

Recommended