Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Baki sasaran pelaksanaan projek mega yang belum diselesaikan di bawah Rancangan Selangor Pertama atau RS-1 akan diteruskan Menerusi Rancangan Selangor Kedua, RS-2.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baki sasaran pelaksanaan projek mega yang belum diselesaikan di bawah rancangan Selangor Pertama atau RS1
00:07akan diteruskan menerusi rancangan Selangor Kedua RS2 antara projek terbabit termasuk Selangor Maritime Gateway atau SMG,
00:16projek wilayah pembangunan berintegrasi selatan Selangor, Idris dan pembangunan kawasan Sabak Bernam, Sabda.
00:24Kerajaan Selangor menyifatkan projek-projek mega berkenaan memerlukan tempoh pelaksanaan lebih panjang
00:30terutama kerana membabitkan pelbagai sektor serta pihak berkepentingan.
00:34Baki sasaran pelaksanaan itu akan dibawa dalam rancangan Selangor Kedua
00:37sebab ia melibatkan SMG, Sabda, Idris yang sebagainya baru bermula.
00:47Jadi kita bawa ke depan untuk kita laksanakan.
00:49Dalam peri itu, Kerajaan Negeri turut menyemak semula beberapa petunjuk prestasi berkaitan alam sekitar,
00:54khususnya kualiti udara.
00:56Langkah itu mengambil kira faktor seperti jerebu rentas sempadan yang berada di luar kawalan Kerajaan Negeri
01:02berbanding isu pembakaran terbuka yang berlaku secara tempatan.
01:06RS2 merupakan pelan pembangunan strategik lima tahun bagi tempoh 2026 hingga 2030
01:11sebagai kesinambungan kepada pencapaian RS1.
01:15Pelan itu menyasarkan penjanaan nilai ekonomi Selangor sehingga RM600 bilion menjelang 2030
01:21dengan tumpuan kepada sektor berimpak tinggi termasuk elektrik dan elektronik,
01:25aero angkasa, automotif serta ekonomi digital dan kreatif.
01:30Pelaksanaan RS2 pula memberi tumpuan kepada 98 projek berimpak tinggi
01:34yang dikenalpasti sebagai projek yang benar-benar boleh dilaksanakan.
01:38Antara sasaran lain termasuk penyediaan 200,000 unit rumah mampu milik
01:43serta pengukuhan kerjasama antara Kerajaan Negeri PBT, sektor swasta dan institusi kewangan.
Comments

Recommended