Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tentera Udara Oman menyertai operasi menyelamat kapal tangki minyak Caroline Bezengi yang terkandas dan mengalami kebocoran minyak mentah di kawasan perlindungan marin, ketika usaha diteruskan bagi membendung tumpahan minyak yang menjejaskan kawasan laut yang luas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tentera Udara Oman menyertai operasi menyelamat sebuah kapal tangki minyak yang terkandas dan mengalami kebocoran minyak mentah di luar pantai
00:08negara itu.
00:09Operasi itu dijalankan bagi mengurangkan kesan alam sekitar akibat tumpahan minyak di kawasan perlindungan merin.
00:18Rakaman video yang dikeluarkan, Angkatan Tentera Uman menunjukkan kru udara tentera terlibat dalam operasi menyelamat kapal tangki minyak Caroline Bezengi.
00:26Kapal itu dilaporkan terkandas dan mengalami kebocoran minyak mentah Rusia di kawasan perairan pelindungan di luar pantai Uman.
00:34Pihak berkuasa Uman kini menyelaras operasi menyelamat bersama Syarikat Pengurusan Risiko Maritim, EMRI, bagi membendung kerusakan alam sekitar.
00:43Tumpahan minyak itu dianggarkan telah menjejaskan kawasan seluas kira-kira 2,000 km persegi.
00:49Sebelum ini, Agensi Alam Sekitar Uman menganggarkan kawasan terjejas seluas 400 km persegi pada 10 Ogos, namun tiada kemas kini
00:57rasmi terkini, dikeluarkan setakat ini.
01:00Identiti kapal berkenaan berjaya disahkan menerusi ciri-ciri fizikal seperti pipe, krain, struktur badan kapal dan binaan jambatan yang sepadan
01:09dengan rekod sedia ada.
01:10Imej satelit turut mengesahkan kedudukan kapal tersebut di kawasan berkenaan ketika operasi menyelamat diteruskan.
Comments

Recommended