Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 30 individu dan merampas pelbagai jenis mineral dianggarkan bernilai RM31.7 juta dalam Ops Gali Mega, di Perak dan Kedah pada Khamis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasukan Gerakan Arm PGA menahan 30 individu dan merampas pelbagai jenis mineral dianggarkan bernilai RM31.7 juta dalam Ops Gali
00:10Mega di Perak dan Kedah pada Khamis.
00:13Pemangku Komanda Brigit Utara PGA Ulu Kinta, SCP Jafri Mohamad berkata,
00:18Suspek termasuk 16 warga Myanmar dan Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun bekerja di 4 premis pempropesan, pemprosesan dan
00:28tapak perlombongan.
00:31Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti pemprosesan dan perlombongan mineral seperti silika, kaolin serta biji besi tanpa
00:40kebenaran Jabatan Mineral dan Geosanj JMG, Pejabat Tanah dan Galian PTG Perak serta Kedah.
00:47Serbuan turut menemukan sejumlah besar jentera, mesin, mineral jenis pasir silika, kaolin dan biji besi yang disimpan di dalam beg
00:55jumbo.
00:56Antara yang dirampas, 3,714 tan pasir silika siap diproses, 60 kg biji besi siap diproses, 60 tan serbuk separa
01:05kaolin, pelbagai jenis mesin dan jentera.
01:08Jafri berkata kesemua barang kes berkaitan pemprosesan pasir silika dan biji besi diserahkan kepada JMG untuk siasatan lanjut di bawah
01:17Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral Pelesenan 2016.
01:20Beliau berkata PTG Perak dan Kedah turut mengambil tindakan mengikut Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 perkaitan
01:30kesalahan menceroboh dan mengangkut bahan bantuan tanpa kebenaran.
01:34Jabatan Siasatan Jenayah Negeri JSJN menjalankan siasatan di bawah Akta Imigresen 1959 Palang 63 terhadap warga asing terlibat membabitkan kesalahan
01:43tinggal tanpa dokumen sah serta menggaji pekerja tanpa permit.
01:47Majlis Perbandaran Kubang Pasu turut mengeluarkan dua notis di bawah Seksyen 19-1 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta
01:57Seksyen 72-1 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Comments

Recommended