00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pertumbuhan ekonomi negara yang mencatat 6% pada suku kedua 2026.
00:07Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, Perdana Menteri berkata prestasi itu dicapai ketika ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan
00:16global dan pergolakan di Asia Barat.
00:20Pertumbuhan 6% pada suku kedua juga lebih tinggi berbanding 5.4% yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini.
00:29Ia menjadikan pertumbuhan ekonomi negara bagi separuh pertama 2026 pada 5.7%.
00:36Beliau turut menekankan usaha kerajaan bagi memastikan kehidupan rakyat tidak terjejas teruk akibat tempias inflasi global.
00:44Antaranya menerusi Budi Madani, Sumbangan Tunai Rahmah STR, Sumbangan Asas Rahmah SARA serta subsidi bahan api bersasar.
00:54Pada masa sama, beliau mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi memastikan momentum pertumbuhan kekal lestari.
01:02Katanya kemajuan negara perlu dapat dikecapi seluruh rakyat melalui pendapatan lebih bermakna, peluang pekerjaan bermutu dan bantuan kepada golongan rentan.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments