00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.
00:09Menurut pasukan perubatan Anwar, prosedur itu berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.
00:15Ketua pasukan perubatan Dr. Asri Rangah Abdullah Ramayah berkata,
00:19Anwar kini menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar
00:24bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
00:28Anwar yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-79 hari ini mempunyai sejarah masalah bahu serta belakang
00:34dan pernah dimasukkan ke hospital pada 2018.
00:38Pada Januari lalu, Anwar disahkan berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan rutin
00:44di Hospital Sultan Idris Syah Serdang.
Comments