00:00DAP tidak mungkin lenyap di Sarawak dan akan kekal sebagai satu-satunya pesaing yang berdaya maju di negeri itu buat
00:08masa kini, menurut penganalisis.
00:11James Chin dari Universiti Tasmania berkata, DAP mempamerkan daya tahan walaupun berdepan dominasi gabungan parti Sarawak atau GPS.
00:20Chin berkata tiada parti pembangkang lain pada masa ini yang mempunyai kekuatan atau kredibiliti untuk menggantikan DAP di Don Sarawak.
00:29Tambahnya Parti Bangsa Malaysia atau PBM yang dipimpin oleh Larry Seng tidak boleh dianggap sebagai parti pembangkang biasa.
00:38Sementara itu Awang Azman Pawi dari Universiti Melayu berkata, PKR boleh muncul sebagai alternatif jika ia memperkukuhkan keberadaannya di Sarawak.
00:47Tambahnya PKR perlu meluaskan daya tarikan merentas di pelbagai komuniti untuk menjadi pencabar yang berwibawa.
00:54Beliau berkata pengundi Sarawak secara amnya lebih mengutamakan parti yang berorientasikan kestabilan bermakna undi pembangkang boleh berpecah jika DAP dilemahkan.
Comments