00:00Semakin banyak gesaan dalam bersatu supaya Presidennya Muhyiddin Yassin dihadapkan ke lembaga disiplin.
00:08Bercakap kepada FMT beberapa ketua bahagian termasuk seorang pemimpin baru dipecat menekankan peraturan parti mesti terpakai kepada semua ahli secara sama rata tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
00:22Ketua bahagian Gopeng Ahmad Ishaq dan Ketua Bahagian Dungun Abdul Aziz Ismail Senada berpendapat bahawa Muhyiddin walaupun Presiden perlu melalui proses disiplin sama yang dikenakan ke atas ahli lain didakwa melanggar peraturan parti.
00:38Terdahulu Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz dilaporkan berkata, Muhyiddin tidak sepatutnya berdepan tindakan disiplin atas dawaan bersatu dan PAS bersetuju memansuhkan jawatan pengurusi Perikatan Nasional atau PN.
00:55Sementara bekas ketua bahagian Muhammad Faisal Asma mengkritik amalan duit standar jelas dan mempersoalkan alasan Muhyiddin perlu dikecualikan daripada siasatan membandingkan pemecatan dirinya yang menurutnya dibuat tanpa diberikan peluang membela diri.
01:12Dalam satu surat bocor, Muhyiddin berdakwa bersatu dan PAS ketika pertemuan pada 16 Januari lalu bersetuju memansuhkan jawatan pengurusi PN sebagai sebahagian penstrukturan semula gabungan itu dengan bersatu mengetuai Majlis Presiden dan jawatan kuasa eksekutif diterajui PAS.
01:32Tetapi timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
01:42Azuri Zainah, FMT
Comments