00:00Gerakan Reset perlu diyakini rakyat untuk mengubati keresahan yang didakwa sudah mencapai tahap mual dengan pemimpin sedia ada dan janji
00:08manis manifesto, kata Ahli Parlimen Indrama Kota Saifuddin Abdullah.
00:13Beliau berkata keresahan rakyat itu menuntut satu Reset Nasional Segera bagi menggantikan sistem lama yang disifatkannya sebagai kian reput akibat
00:23pertembungan politik dendam.
00:24Namun jelasnya, pendekatan itu perlu praktikal yang bermula dengan isu dekat dengan rakyat seperti masalah kos sehari hidup dan akses
00:33kepada makanan.
00:35Tegas Saifuddin, gerakan Reset disuarakan Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin bukan seruan politik tetapi strategi membentuk konfigurasi yang matang dan stabil
00:45demi kelangsungan negara.
00:47Hamzah dalam perhimpunan 14 Februari lalu, sehari selepas dipecat bersatu, mengumumkan gerakan Reset untuk membina semula negara dengan menyeru sahabat
00:57beliau menyokong perjuangannya.
00:59Saifuddin berkata, Reset juga perlu untuk membaiki dan menyusun semula sistem dan institusi fundamental yang pernah menjadikan Malaysia hebat.
01:09Khadija Juno, FMT
Comments