00:00Kualiti udara di tiga kawasan di Sarawak kini berada pada kategori tidak sihat, susulan peningkatan bacaan indeks pencemaran udara IPU
00:08sejak 1 Ogos lalu.
00:10Setakat jam 6 petang Jumaat, Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 162, diikuti Kucing dan Samarahan dengan catatan 152.
00:22Berdasarkan bacaan indeks pencemaran udara, sebanyak 13 kawasan lain pula berada dalam kategori sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga
00:31100 termasuk Sri Aman, Sarike, Sibu, Mukah, Bintulu, Samalaju, Lundu, Lubuantu, Kapit, Miri, Limbang dan Lawas.
00:42Hanya Bario mencatatkan bacaan dalam kategori baik iaitu di bawah 50.
00:47Sementara itu, keadaan berjerbu di Sarawak diramalkan berterusan sehingga 8 Ogos khususnya di 19 kawasan termasuk Kucing, Samarahan, Lundu, Bintulu,
00:59Miri, Sibu, Sarike, Mukah dan Tatau.
01:04Keadaan berkenaan berpotensi berterusan susulan faktor cuaca semasa.
01:09Sarawak juga kini berada dalam fasa munsun barat daya yang bermula 14 Mei dan dijangka berakhir September ini dengan tiupan
01:17angin dari arah barat daya berpotensi membawa kepada jerebu rentas sempadan sekiranya aktiviti pembakaran biogisim di luar Sarawak meningkat.
01:26Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga ketika cuaca panas dan kering dengan memastikan pengambilan air mencukupi, mengurangkan
01:36aktiviti luar serta memakai pelitup muka khususnya bagi golongan berisiko tinggi.
01:42Orang ramai turut diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi pencemaran udara.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments