00:00Seorang penganalisis Thailand menggesa undang-undang berkaitan pemilikkan senjata api diperketatkan.
00:06Susulan kejadian seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melepaskan tembakan di sekolahnya di Nontaburi pada Jumaat.
00:13Pensyarah Universiti Nakhon Patom Rajabat, Prof. Madhya Piapon Tunekul berkata,
00:18undang-undang Thailand ketika ini tidak menetapkan dengan jelas jumlah peluru atau kotak peluru yang boleh dimiliki seseorang.
00:27Beliau mempersoalkan bagaimana sejumlah besar peluru boleh disimpan di sebuah rumah
00:32sambil menyifatkan keadaan itu seolah-olah penghuni rumah berkenaan membuat persiapan untuk berperang.
01:15Dalam tempoh beberapa jam sepas kejadian tembakan itu, Perdana Menteri Thailand Anutin Chan Virakul berikrar
01:22untuk memperkenalkan undang-undang baru berkaitan kawalan senjata api di negara
01:26yang mencatatkan kadar pemilikan senjata api tertinggi di Asia Tenggara.
01:31Bagaimanapun beliau tidak memperincikan syadangan berkenaan, termasuk sama ada syarat pemilikan senjata api akan diperketatkan.
01:38Di bawah undang-undang Thailand, lesin berasingan diperlukan bagi pemilikan dan membawa senjata api.
01:44Thailand dianggarkan mempunyai 10.3 juta senjata api dalam pemilikan orang awam bersamaan kira-kira 15 senjata api bagi setiap
01:53100 penduduk.
01:54Kadar itu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan perbezaan yang ketara berbanding negara lain di rantau ini.
02:01Daripada jumlah tersebut, lebih 6 juta merupakan senjata api berdaftar, manakala bakinya tidak berdaftar.
Comments