00:00Bapa kepada remaja yang menembak mati datuk dan neneknya sebelum bertindak menembak beberapa individu lain di sekolahnya di Thailand pada
00:07Jumaat, memohon maaf atas tindakan anaknya.
00:11Polis Thailand memanggil kedua-dua ibu bapa suspek untuk membantu siasatan pada Sabtu susulan kejadian tembakan di sekolah Dapsirin Nontaburi
00:18di pinggir Bangkok.
00:21Media Thailand melaporkan kedua-duanya kelihatan amat tertekan dan sugul serta tidak bersedia untuk bercakap dengan media.
00:28Bagaimanapun, media Thailand melaporkan bapa remaja itu memohon maaf atas perbuatan anaknya ketika memberi keterangan kepada polis.
00:37Dia juga dilaporkan hanya melihat jasad anaknya ketika membuat persiapan pengkembumian.
00:43Tragedi pada Jumaat itu mengorbankan sembilan nyawa termasuk suspek manakala 23 yang lain cadera.
Comments