Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Siasatan Kementerian Sukan pada 2016 mendapati KFA menyediakan hiburan tidak wajar kepada pengadil asing dalam tujuh kejadian antara Mac 2011 dan Mac 2012.
Transcript
00:00Persatuan Bolasepak Korea KFA memohon maaf susulan laporan media yang mendakwa badan itu menyediakan perkhidmatan seksual kepada pengadil asing ketika
00:09mereka berada di Korea Selatan untuk mengadili perlawanan antarabangsa lebih sedekat lalu.
00:14Stesen Penyiar Korea Selatan JTBC melaporkan KFA menyediakan perkhidmatan berkenaan kepada pengadil asing pada 2011 dan 2012 termasuk ketika mereka
00:25berada di negara itu untuk pelawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik London 2012.
00:34Menurut laporan JTBC, Siasatan Kementerian Sukan pada 2016 mendapati KFA menyediakan hiburan tidak wajar kepada pengadil asing dalam tujuh kejadian
00:44antara Mac 2011 dan Mac 2012.
00:48Ia termasuk lawatan ke pusat urut dengan bayaran yang turut meliputi kos perkhidmatan seksual.
00:53Dakwaan itu meningkatkan tekanan terhadap KFA ketika persatuan berkenaan turut berdepan isu berkaitan pelantikan bekas jurulatih Pasukan Kebangsaan Hong Myun
01:03Bo.
01:03Polis Seoul pada Khamis menyerbu pejabat KFA sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung pelantikan Hong.
01:10Hong kembali mengendalikan Pasukan Kebangsaan pada 2024, selepas sebelum ini memegang jawatan itu dari 2013 hingga 2014.
01:18Pelantikannya mencetuskan kontroversi selepas KFA menamatkan proses pencarian yang berlangsung selama beberapa bulan dan turut membabitkan calon dari luar negara
01:28sebelum memilih Hong selepas satu pertemuan singkat.
Comments

Recommended