Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang membuat keputusan mengekalkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran kerajaan negeri hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Transcript
00:00Pakatan Harapan Pulau Pinang membuat keputusan mengekalkan Ahli Malis Mesyuarat Kerajaan Negeri Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan negeri hingga pilihan
00:08raya umum PRU akan datang.
00:10Menurut pengurusinya Chow Konyo, keputusan itu dicapai pada mesyuarat PH negeri pada Sabtu berdasarkan kesepahaman kerjasama yang terjalin antara PH
00:19dan BN pada pilihan raya negeri PRN 2023.
00:25Beliau menambah dalam menghadapi PRU akan datang, PH Pulau Pinang percaya masih terdapat ruang untuk memperkukuh kerjasama antara parti-parti
00:33gabungan dan mempercepat agenda reformasi yang menjadi asas perjuangan PH.
00:39Esko BN berkenaan ialah pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Pulau Pinang, Datuk Rashidin Zinol.
00:47Chow yang juga Ketua Menteri berkata PH Pulau Pinang turut mengambil iktibar daripada keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan dengan
00:56setiap kerusi di negeri itu akan dianalisis dari pelbagai sudut pada PRU ke-16 dengan lebih berkesan dan mendalami kelompok
01:03pengundi yang semakin besar iaitu generasi undi 18.
01:06Beliau yakin PH Pulau Pinang masih mempunyai kekuatan kukuh kerana mampu mentadbir dengan stabil, berintegriti serta memacu pertubuhan ekonomi, menarik
01:15pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.
01:21Pada PRN Pulau Pinang 2023, gabungan PH dan BN menubuhkan kerajaan perpaduan selepas memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan
01:31Negeri Don yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi ditandingi PKR 7, Amanah 1 dan BN 2.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended