Skip to playerSkip to main content
'Dia asyik cakap penat, lepas itu hanya senyum'

“Dia asyik cakap dengan ibu, dia penat"

Demikian kata Nurlella Rahim, 34, kakak sulung Allahyarham Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim, 29, memberitahu adiknya sempat menghubungi ibu mereka menerusi panggilan video sebelum tragedi renjatan elektrik di Sabah pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791229/berita/semasa/dia-cakap-penat-lepas-itu-hanya-senyum-ndash-kata-kata-terakhir-koperal-nur-hafiz-kepada-ibu

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnggotaPolis #RenjatanElektrik #KoperalMohamadNurHafizRahim

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dia asyik cakap dia penat, dia penat, dia kenal dia penat, lepas itu dia kurang respon.
00:06Demikian kata Nurlela Rahim, 34 tahun, kakak sulung Allah Yarham Muhammad Nur Hafiz Rahim, 29 tahun,
00:15memberitahu adiknya sempat menghubungi ibu mereka menerusi panggilan video sebelum tragedi renjatan elektrik di Sabah pada Kamis.
00:23Menurutnya dalam perbualan itu, keluarga tidak menyangka ia menjadi petanda sebelum mereka kehilangan anak bongsu itu buat selama-lamanya.
00:32Besok apa Mama cakap, last video call dengan Mama, dia asyik cakap dia penat, dia penat, dia kenal dia penat,
00:39lepas itu dia kurang respon.
00:42Macam dia senyum, Mama cakap apa-apa, ini apa yang dia sembang dengan Mama sebab dia memang ada last video
00:47call dengan Mama petang sebelum kejadian.
00:49Dia ada video call sebelum kejadian tapi dia kata nanti sembang balik sebab dia nak masuk kerja.
00:54Dia masuk kerja baliklah. Dia ada rehat-rehat kejap, ada masa kejap dia akan video call.
01:00Nurlela berkata percutian bersama adik-beradik pada Mei lalu pula menjadi kenangan terakhir mereka bersama Allah Yarham
01:07yang disifatkannya sebagai seorang yang periang dan sangat rapat dengan keluarga.
01:12Menurutnya, Muhammad Nur Hafiz merupakan antara adik-beradik yang paling sukar mendapatkan cuti,
01:17berikutan sudah 5 hingga 6 tahun bertugas di Sabah.
01:21Justru setiap kepulangannya ke Kelantan amat dinantikan keluarga dan mereka akan mengambil peluang untuk berkumpul bersama.
01:28Nurlela berkata walaupun masing-masing bekerja dan tinggal berjauhan, hubungan mereka sekeluarga kekal akrab
01:35dan hampir setiap hari berhubung menerusi panggilan video secara berkumpulan.
01:39Dalam pada itu, Nurlela berkata isteri Allah Yarham, Fatimah Syairah Zahrul Saharuddin, 28 tahun,
01:46sebelum ini menjalani kehidupan jarak jauh PJJ kerana masing-masing bekerja di negeri berbeza.
01:52Katanya, Fatimah kemudian berhenti kerja sebelum membawa anak mereka, Haris Idraqi, 2 tahun,
01:59mengikuti Allah Yarham ke Sabah dan baru setahun tinggal bersama.
02:02Jenazah Allah Yarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pangkal Kuang pada jam 7.45 pagi Sabtu.
02:11Muhammad Nur Hafiz merupakan antara tiga anggota polis yang terkorban dalam tragedi renjatan elektrik
02:17selepas dipercayai terkena arus ketika menggunakan galah besi untuk mengait buah kelapa
02:23di luar balai polis Western Beaufort Sabah pada Kamis.
02:26Dua lagi anggota yang terkorban ialah Koperal Chew Teksiong, 40 tahun
02:31dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubi, 26 tahun.
Comments

Recommended