Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
ADNOC memaklumkan sebanyak 15 kapalnya diserang menggunakan peluru berpandu dan dron ketika melalui Selat Hormuz sejak tercetusnya konflik antara Amerika dan Israel dengan Iran.
Transcript
00:00Lebih banyak serangan terhadap kapal dagang dilaporkan berlaku di selat Hormuz sejak beberapa hari lalu dengan kebanyakan insiden di sepanjang
00:08laluan perkapalan berhampiran bahagian selat yang menghadap Oman.
00:12Abu Dhabi National Oil Company Adnok memalumkan 15 kapalnya diserang menggunakan peluru berpandu dan drone ketika melalui selat Hormuz sejak
00:21tercetusnya konflik antara Amerika dan Israel dengan Iran.
00:26Daripada jumlah itu, tiga kapal diserang minggu ini mengakibatkan seorang anak kapal maut manakala 20 yang lain cedera.
00:34Adnok berkata pihaknya dengan kerjasama rapat pihak berkuasa berkaitan mengambil semua langkah yang diperlukan bagi melindungi kaki tangan, aset dan
00:42operasinya selain berusaha memenuhi keperluan pelanggan setakat yang termampu.
00:47Sebuah kapal dagang turut dilaporkan terbakar selepas diserang berhampiran pintu masuk timur selat Hormuz iaitu berdasarkan rakaman komunikasi radio antara
00:56kapal yang diperoleh daripada seorang pelaut pada petang Jumaat.
00:59Rakaman yang disiarkan menerusi saluran radio maritim terbuka itu menunjukkan anak kapal berusaha memadamkan kebakaran sambil meminta bantuan segera.
01:08Berdasarkan komunikasi berkenaan, kapal itu berada berhampiran pantai Oman ketika serangan, mengakibatkan kebakaran tercetus di bilik enjin.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended