00:00Baik, Senat Amerika yang dikuasai Republikan pada Sabtu mengesahkan Todd Blanche sebagai peguam negara pilihan Presiden Donald Trump dengan majoriti
00:09tipis, sekaligus menamatkan salah satu pertikaian pelantikan paling sengit dalam penggal kedua Trump.
00:15Pengesahan itu dibuat melalui undian 50 berbalas 49 dengan dua senata Republikan, Susan Collins dan Lisa Murkowski menentang percalonan Blanche.
00:26Senata Bill Cassidy menjadi undi penentu selepas beliau pada Jumaat menyatakan bahawa Blanche merupakan calon terbaik yang akan dikemukakan Trump.
00:35Unjian itu menamatkan kebuntuan selama beberapa minggu antara senata Republikan dan pentadbiran Trump berhubung pencalonan Blanche yang berkhidmat sebagai pemangku
00:44peguam negara sejak April.
00:46Blanche sebelum ini mengendalikan operasi Harian Jabatan Kehakiman sebagai pegawai kedua tertinggi jabatan berkenaan.
00:52Beberapa senata Republikan menyuarakan kebimbangan terhadap cara Blanche mengendalikan pendedahan dokumen berkaitan Jeffrey Epstein.
01:00Selain peranannya dalam penumbuhan dana bernilai 1.8 bilion dolar Amerika yang dikaitkan dengan usaha Trump memerangi apa yang didakwa
01:08sebagai penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan.
01:11Kebimbangan turut timbul berhubung peranan Blanche dalam perjanjian kekebalan cukai berkaitan Trump dan anak-anak lelakinya.
01:18Namun Blanche berjaya mengatasi tentangan itu menerusi beberapa pertemuan dengan anggota senat di Capitol Hill sejak beberapa minggu lalu.
01:26Beliau akhirnya bersetuju secara bertulis untuk mengehadkan skop perjanjian kekebalan cukai berkenaan serta menamatkan pembayaran melalui dana tersebut yang dikritik
01:36sebagai dana khas untuk sekutu Trump termasuk individu yang terlibat dalam rusuhan di Capitol pada 6 Januari 2021.
01:43Perjanjian kekebalan cukai itu menghalang perkhidmatan hasil dalam negeri Amerika IRS daripada mengaudit penyata cukai terdahulu Trump, anak-anak lelakinya
01:52dan perniagaan keluarga mereka.
01:54Kedua-dua perjanjian kekebalan cukai dan dana berkenaan tercetus daripada sahabat Trump bernilai $10 bilion Amerika terhadap IRS.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments